Friday, August 28, 2009

Ramadhan datang lagi

Emmm.... diam tak diam dah 7 hari kita menyambut Ramadhan. Dalam tempoh 7 hari ni dah 2 - 3 kali terlajak untuk bangun sahur. Penat ke Umi ni? Walid as usual makan sebelum tidur lebih kurang jam 2.00 pagi.... Umi kena bangun again untuk anak-anak sahur, tu yang selalu terlepas tu agaknya.

Today (7 Ramadhan) 11 years ago, I gave birth to Najwa. Bulan puasa and kena pantang. Dah 11 tahun tapi rasanya macam baru je lagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar cuma dear Walid tak dapat nak berbuka dan bersahur dengan lebih proper. Umi kan dalam pantang.

Ramadhan kali ini, Umi masak untuk berbuka. Walid kata tak kisahlah masak apa asalkan Umi yang masak. This year tak mahu beli kat Pasar Ramadhan. Semalam, penat pulak rasanya, Umi pulak balik lambat so beli rendang kat Pasar Ramadhan. Sebagai tambahan Umi masak Sambal Tumis Ikan Bilis, lagipun Umi bukan suka sangat makan rendang. Dah habis berbuka, only then realised - rendang tak berusik pun, sambal ikan bilis yang licin. Kalau macam tu, kenalah masak walau pun simple dish aje.

Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati....




Sunday, August 23, 2009

S.P.I.E.S

Again, Umi kena gi Kursus SPIES di Teratak Hijjaz, Astana Dugang, Sg. Merab, Bangi pada 12 & 13 Ogos 2009.

What is SPIES? At first i thought SPIES ni kursus nak jadi spy. Kelakar pulak kan. That was the first series for officers. Rupa-rupanya Kursus Pembangunan Modal Insan.

Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social... Berjayakah program ini? From my personal view, sukar nak berubah, antaranya dan paling utama adalah sikap individu itu sendiri. Kebanyakkan kakitangan kerajaan bersikap ambil mudah dan bekerja sambil lewa. Umi sebelum ini bekerja dengan syarikat swasta. Mula-mula tu kena kejutan budaya jugak le bila sertai kerajaan. Bila kita nak berubah ke arah yang lebih baik, tak ada orang yang nak sokong kita. Bila Boss puji kerja kita, katanya bodek Boss dan macam-macam lagi. Bila kita ajak sama-sama naik ke atas, tak mahu masih dengan amalan-amalan lama. Ah.... macam-macam... sudahnya kita mengalah dan buat yang terbaik untuk diri kita dan agensi... sebab hanya segelintir yang nak berubah...

Kursus ini memang bagus untuk orang-orang yang inginkan kemajuan dan mempertingkatkan prestasi. Apa yang Umi tengok kakitangan sokongan 2 yang telah menghadiri kursus ini masih lagi dibelenggu dengan perangai lama dan masih berani mengutuk dan menyindir Boss depan-depan.

Nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam tidak diamalkan.

Bilakah lagi kita nak maju ke depan....


Saturday, August 22, 2009

Andai itu takdirnya



Tajuk : Andai Itu Takdirnya

Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3669-65-3
Mukasurat : 588 Halaman
Status : Tiada Stok Buat Sementara (Dalam Proses Reprint)

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


Buku ini adalah novel kedua yang Umi baca. Sedih ke?? I found myself in tears most of the times. Sedih dan menyentuh perasaan.

Novel ni pulak, kakak pinjamkan dari kawannya sebab katanya "Kakak kalu boleh nak Umi baca cerita ni sebab ceritanya sediha dan kakak gerenti Umi mesti nangis punya". Well, betul kata-kata kakak tu. Umi mesti maintain, tak kan nak nangis depan dia orang. Baca buku tu pun dalam bilik, bimbang dan malu menangis depan orang lain.


Reccomended untuk semua....


Lili Buat Najah..... Novel Pertama


Novel pertama yang Umi baca. Itu pun selepas kakak merengek nak beli novel. Masa pesta buku di Shah Alam tempohari. Umi belikan 3 buah novel dan syaratnya baca selepas final exam nanti. Hari-hari temgok novel tu, tergerak pulak nak baca. Bila dah baca tu, tak nak berhenti pulak. Kejap lagi, kejap lagi, last-last 3 hari habis baca 500 pages punya buku. Yang paling penting, dapat sorok dari Walid. Bukan sorok apa, sorok tak baca depan Walid. Itu aje.... As nama kakak ada Najah so beriya dia suruh kite beli. Bila baca buku tu actually Najah tu lelaki. Masa baca confuse jugak le sebab in my mind Najah tu perempuan. Tapi lama-lama jadi okay.

Sedutan Lili buat Najah

KURANG SEJAM SAHAJA LAGI penerbangan MH7 dari Heathrow, London akan mendarat di KLIA. Para penumpang telah diarahkan memasang tali pinggang keselamatan dan bersedia untuk mendarat. Sayup-sayup kelihatan menara kawalan dan kawasan sekitar yang dulunya hutan kelapa sawit dan kini telah bertukar menjadi sebuah mercu kebanggaan negara.

Dari tadi aku hanya memandang tingkap kecil biarpun tidak banyak benda yang boleh aku lihat. Merenung jauh bagaikan dapat menembusi lapisan langit biru. Fikiranku tidak tenteram. Ikutkan hatiku mahu sahaja terus menetap di UK, tidak perlu lagi pulang ke tanah air. Tapi aku tidak boleh lari daripada hakikat bahawa di sini tanah air aku, tempat tumpah darahku, tempat umi melahirkan aku. Aku harus pulang, bukannya lari daripada kenyataan yang bakal aku hadapi.

"Tasha, are you okay dear? Abang tengok Tasha dari tadi asyik termenung aje.Is there something bothering you?" tanya Najah. Dia tahu apa yang bermain di fikiranku Kenapa sayang? . Persoalan yang telah kami debatkan berbulan-bulan lamanya sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air.

"I'm okay abang.... Just wondering how I'm going to live separate from you after this'" sahutku perlahan.

"I'll always be by your side my dear. Abang tak akan tinggalkan Tasha sendirian. Itu janji abang pada Tasha. Abang akan tunaikan, sayang. Percayalah." Najah mengusap jari jemariku. Sentuhan kasihnya menyerap ke seluruh urat sarafku. Lelaki ini sering kali memberikan aku kekuatan. Sewaktu dia menikahi aku, awal-awal lagi dia sudah beritahu bahawa pernikahan ini terpaksa dirahsiakan untuk sementara waktu kerana Najah bimbangkan mamanya membantah. Kata Najah lagi, kalau sudah nikah, mama tidak boleh paksa dia ceraikan aku… tapi kalau tak nikah lagi, Najah tiada pilihan lain selain daripada menurut kehendak mamanya yang mahu dia berkahwin dengan anak sahabat baiknya.

(Sedutan dari Sisipan Minda Titipan Kata)

Pada pandangan Umi pulak, cerita ni terlalu 'complete' dan sukar nak digambarkan. Sedih memang sedih. Walau dihina dan didera dengan berbagai cara dan keadaan, Tasha masih dapat menerimanya.

Terpulanglah pada anda semua untuk menilainya...






Friday, August 7, 2009

Macam-macam daaaa.....

Mmmh.... lama jugak Umi tak menulis dan mencurahkan rasa yang terpendam. Sibuk dari biasa je... Umi kena siapkan all the task dalam satu masa yang sama. Cut-off date sama so terkejar-kejar nak siapkan kerja.

Budayakan Amalan 5S
Umi diberi jawatan as one of the auditors di Jabatan dan Majlis. Kena hadir beberapa taklimat dan kursus bagi memahamkan lagi apakah itu 5S. Sebenarnya Umi dah biasa dengan 5S ni masa Umi kerja di Matshushita Television Company (MTV). Tau je lah syarikat Jepun tentulah 5S ni menjadi satu kemestian.

KMK - Kumpulan Meningkat Mutu Kerja
Ini satu lagi yang buatkan Umi pening kepala. Bukan apa Umi ni malas sikit (banyak kut!!). Though Umi dulu dalam group KMK di MTV tapi Umi tak nak tunjuk kepandaian sebab kalau orang tau kita pandai nanti semua kerja kita kena buat. Biasalah tu... Walaupun tak tunjuk pandai, Umi dah dilantik menjadi Ketua Kumpulan. Okay lah tak pe, Umi dan the group buat jugak tapi tidak bersungguh-sungguh.

On the presentation day, Umi kena ke Perdana Putra, attended talk on BLESS. My Asst Group Leader pulak MC sebab dah tau Umi ke Perdana Putra. Luckily, one of my staffs sudi membantu buat 'presentation'. Umi tak expect untuk menang di peringkat Jabatan pun. I was and am tired of all those things, bagi le peluang kat tenaga-tenaga yang masih muda. Lagi pun I have 6 kids awaiting for me at home. Mana nak masak, kerja rumah dan bagai-bagai lagi...

Pendek cerita, my group dah terpilih the best group masa buat presentation (alah... 3 group je pun yang buat presentation). Still struggling nak siapkan coz pertandingan betul-betul is on October.

Review Budget 2010
For the past three weeks, asyik keluar masuk bilik Boss je pasal perkara ni. Prepare ..... Discuss ... Meeting ..... Review....Discuss...Meeting... Update ... Discuss.... Meeting. More than 5 times meeting tapi till now belum lagi finalised.

Kes-kes untuk Tindakan Mahkamah
Lebih 10 fail yang Umi kena vet thru and prepare kan I.P, baru siap 6 fail, masih berbaki lagi 4 fail... nampak gayanya kena kerja lah this weekend.

Huh.... masih terasa penatnya.....

Friday, July 24, 2009

Anjakan Paradigma - Kemaafan

Ya. Sekali lagi Umi berpeluang menonton Anjakan Paradigma bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah. Tajuknya kali ini.... KEMAAFAN....

Mengikut kajian, tak sampai 5% orang Malaysia memaafkan orang lain. Antara kelebihan memaafkan orang lain adalah:-

Mencuci hati
Fikiran tenang
Menyembuhkan penyakit
Wajah cantik - dari dalam
Doa makbul
Hidayah mencurah
Orang sayang kat kita

Rumusannya maafkanlah setiap orang yang melakukan kesalahan terhadap kita dan semoga orang lain memaafkan kita.

Jika ditimpa musibah berdoalah agar digantikan dengan yang lebih baik.


Tuesday, July 14, 2009

Melembutkan Hati-Hati Yang Degil

Alhamdulillah, dapat Umi tengok rancangan Ar-Rayyan pada 12 Julai 2009 melalui siaran TV3. Tajuknya kali ini 'Melembutkan Hati-Hati Yang Degil' lebih kurang lah sebab surah- surah yang diterangkan adalah surah-surah untuk melembutkan hati.

Tak kiralah untuk anak-anak ke, suami ke tapi yang penting untuk lembutkan yang degil lah. Aturan bacaan adalah:-
Baca...
1. Al-Fatihah (1 X)
2. Ayatul Qursi (1 X)
3. Surah Thoha, Ayat 1 - 6 (1 X)
4. Surah Al-Hasr, Ayat 26 - 28 (1 X) dan
5. 3 Qul (3 X setiap 1 Qul)

Doa minta minta lembutkan hatinya sebagaimana Nabi Daud (a.s) melembutkan besi.

Maklumat dari Dato' Dr Fatma E-Zahraa (Ar-Rayyan)

Monday, July 13, 2009

Masak Lemak vs Asam Pedas


Asam pedas was cooked for lunch on Sunday, July 12, 2009. Emmm... malu nak cerita. That was the third time, i cooked asam pedas and 'menjadi'. The third time along nearly 17 years of marriage.. Selalunya rasanya mesti lain, tak rasa asam pedas. Kalau dear hubby teringin nak makan asam pedas, either Umi bungkus dari kantin tempat kerja atau minta tolong SIL masak kan.

So, menu sekarang adalah Asam Pedas atau Masak Lemak. Masak Lemak Cili Api tu Umi pandailah. Tak de lah terror tapi bolehlah.... Dalam seminggu menu masak lemak cili api adalah dalam 3 kali. Balik kerja jam 8.00 malam pun boleh lagi masak. My kids pun suka tapi mana boleh makan makanan yang berlemak selalu kan.

Now, dah boleh selang seli Asam Pedas, Masak Lemak, Masak Kicap, Goreng Berlada, Sambal Tumis and so on... cukup lah seminggu punya menu. Yang Umi malas sekali masak ~ SUP. Opss.... ye ke???

Saturday, July 11, 2009

Yeah...

Been pretty busy lately. Tak sempat nak up-date this blog mine.

Last June ~ Father's day....
It was sunday. Biasanya kami keluar, breakfast out side tapi that Sunday, Walid balik lambat the night before, ada program zikir with his friends so kami breakfast kat rumah aje. Umi has to cook for breakfast. Did i cook something for breakfast? Tak ingat lah. Anak-anak belikan 2 helai T-Shirt untuk Ayahandanya. Walid as usual. macam tu je lah. Umi tak sempat nak beli apa-apa untuk Walid.

Semalam, dapat pulak kesempatan ke JJ-Bukit Raja so pusing punya pusing... terberkenan dengan 1 helai kemeja. Belikan dear hubby. Nak tahu apa reaksi Walid.... "Terima kasih daun keladi, nanti jangan lupa beli lagi". Ha..ha..ha... Actually he is the type yang tak suka beli barang sendiri except for his shoes.

My kids..... their second term results.. jatuh berdentum-dentum this time. Wonder why??? Banyak tengok TV ke? Kurang study ke? Tak focus ke? We didn't know why? Banyak kata-kata nasihat dan perangsang Walid bagi. Dah tak larat nak rotan or what so ever.... They promised us to get better result on the third term exam.

Today, my cousin is getting married to someone staying next to my neighbourhood.

Kuih hari raya telah ada di pasaran..... Emmm... Umi dah order. Raya tahun ni, insyaAllah balik kampung... Yeah....

Saturday, June 13, 2009

Lawatan ke Zoo Negara 09

I have to attend an urgent matter di Seri Kembangan on Wednesday, June 10th. Walid kena cuti le as Umi tak drive dan sempena dengan cuti sekolah, Walid bawa semua anak-anak while waiting for me.

As that 'emergency thing' habis jam 11.40 pg, we decided to go to Zoo Negara. Our last visit to Zoo Negara was in 2005. Dah banyak berubah... nak masuk dah kena pakai 'tag' macam kat Sunway Lagoon, Under Water World.... tiket? Entahlah tak ingat berapa hinggit dulu. We all naik tram as Umi dah getting older, dah tak larat nak jalan. Adik yang bawa tram tu (Zoo 5), very friendly. Macam pemandu pelancong pun ada, semua diterangkan pasal animals kat Zoo Negara. We stopped at station 4 then jalan-jalan pusing nearby area. Penat jugak le berjalan, kakak sampai sakit kaki.

We all patah balik ke station 4 untuk naik tram lagi. Dua tram lepas sebab dah penuh, semua passenger tak nak turun. At last after 30 minutes waiting, ada satu tram kosong so we all apa lagi naik le tak buang masa. Baby Queen & Danish bukan main seronok lagi.....

Lagipun this school holidays tak ada bawa kids ke mana-mana pun. Actually, earlier schedule nak bawa ke Penang tapi due to Walid kena attended seminar out station, we have to cancel then thought of going to Melaka tapi pending due to my mum was not well. Bila arrangement dahbuat untuk balik kampung. My mum kata tak payah balik coz dia demam biasa aje, salah makan ubat. So cancelled again.

Syukur Alhamdulillah, our kids tak banyak komen, Musim cuti sekolah, staying at home pun okay for them. We are glad to be gifted with our kids. We are nothing without them....

Anak-anak Umi dan Walid (Kakak, I know you will read this)
Remember this.... We love all of you more than you think we do.

Thursday, June 4, 2009

Bila Pompuan Kena Marah

Haaa... ni ada 'poem' utk kawan-kawan, saje nak kongsi. Umi dapat ni dari one of my daughther's friend's blog.... Hope all of my friends enjoy it....
Bila pompuan kena marah dengan lelaki
Mula la merajuk sambil protes hentak hentak kaki
Lelaki yang marah rasa tak sampai hati
Tengok perangai pompuan yang manja sekali
Tapi bila pompuan yang marah kat lelaki
Jangan sekali kali lelaki nak merajuk tanda tak puas hati
Nanti marah pompuan akan bertambah lagi
Bukan saja hentak kaki, silap silap kepala lelaki di hentak sekali
Bila pompuan buat salah dengan lelaki
Pompuan mintak ampun sambil senyum tak henti henti
Kalau tak berkesan, pompuan mengalirkan air mata kat pipi
Alehai...manjanya pompuan, terus lelaki sejuk hati
Tapi andai lelaki yang membuat salah kat pompuan
Jangan la lelaki cuba dok senyum bukan bukan
Walaupun mengalir air mata darah lelaki keluarkan
Pompuan tetap tak cair bahkan langsung tak heran
Bila pompuan kecilkan hati lelaki
Pompuan pun akan mintak ampun berkali kali
Dengan muka manja pompuan kata lain kali tak buat lagi
Cis! Ni yang buat lelaki tak boleh tahan ni
Tapi jika pompuan berkecil hati dengan lelaki
Jangan la lelaki jemu untuk memujuk kembali
Kalau lelaki sama sama buat tak peduli
Alamatnya tinggal la lelaki tu dok gigit jari
Ni semua contoh krisis dalam hubungan
Tatkala marah, jangan terlalu ikut hati perasaan
Baik lelaki mahupun pompuan
Masing masing punya peranan
Bila pompuan marah, lelaki tolong pujukkan
Tapi bila lelaki marah, pompuan....arghh!!! pedulikan :)

Tuesday, June 2, 2009

Karaoke Lagi...

Hmmmm.... kita karaoke lagi...

Yeah..... Walid ajak gi karaoke lagi. Well, as usual Umi ikut aje sebab Umi tak pandai nyanyi. Rasanya dah lama sangat tak gi karaoke. This year baru 2 kali. Where else? Klang Parade.... boleh bawa anak-anak sekali and dekat dengan rumah.

In the family, Walid and the girls suka nyanyi including our Baby Q yang baru mencecah 1 tahun 5 bulan. I like watching they're having fun, singing together. Our other three boys semua ikut Umi, tak pandai nyanyi walaupun hati berkobar-kobar nak nyanyi. Malu nanti Walid komen - picthing lari le, tak ikut melodi le, macam-macam lagi le.... Ye le... Walid was with Kumpulan Najwan back in late 1990s... Those were the days... Lagipun I don't like him being a singer or any nasyid group.

After karaoke, makan kat food-court. Then off to Manja's house (hubby's cousin). Kenduri Majlis Persandingan. Oh my..... penatnya.... Semua dah kenyang, balik terus boom...



Monday, June 1, 2009

Semalam di ingatan

Khamis, 28 Mei 2009. I took an "EL". Why? Because dear hubby asked me to. Actually, he was on leave that thursday, he has some urgent matters to settle at Kompleks PKNS, Shah Alam.

On the way to Kompleks PKNS, dear hubby passed thru' Uitm Shah Alam which brought me to the past..... I felt something different, feelings that I could not explain. Just don't know why...

I can still remember, there was a stair uphill from Lebuhraya Persekutuan to Uitm (laluan 'haram' le). Naik atas, boleh jumpa deretan kedai makan. I once ate at that place. Ada 'gate' with no guard but the gate will be closed from 9.00 pm onwards. Ada tangga ke bawah yang kalau tak silap I, kat belakang 'School of Law'. Ye ke???

I told dear hubby pasal tangga tu. His answer was he never noticed the stairs. He said I yang bermimpi because from a small boy, he guna that lebuhraya, tak perasan langsung ada tangga kat situ. Am I dreaming?? Takut pulak bila Walid kata macam tu. Of course kiri kanan tangga tu semak TEBAL. I noticed ramai jugak students makan kat situ especially masa break between classes. Nampak dia orang naik tangga tu so tentu ke stalls atas tu kan.

Hopefully betul la ada apa yang I nampak tu. If not aaahhhhhhhhh what to do..