Friday, December 2, 2011

Raya Haji 2011

Lama jugak rasanya Umi tidak menulis, waktu yang terbatas di setiap hujung tahun dan komitmen lain yang perlu dibereskan.

Cuti Hari Raya Haji yang lepas, kami sekeluarga sempat meluangkan masa untuk balik ke kampung di Pasir Mas. Dah setahun lebih kami tidak menjenguk kampung so kali ini cadangnya nak cuti lebih lama di kampung.

3 November 2011 (Khamis)
Umi ke Pasar Malam seperti biasa. Setelah membeli makanan untuk makan malam (biasanya Umi tak masak kalau ada Pasar malam), Umi bergegas ke kereta, nanti terlambat nak ambil Danish dan Baby. Sampai di kereta, beberapa kali Umi cuba hidupkan enjin tapi tak dapat. Umi called Walid dah bagitau, Walid minta tolong Abang Rapi (his cousin), resultnya sama aje, masih tak boleh nak start. So Umi tinggalkan kereta tu dan minta tolong Abang Rapi hantar balik.

4 November 2011 (Juma'at)
Umi kerja macam biasa cuma pagi ini Abang Rapi yang hantar sebab Walid dah keluar jam 6.30 pagi. Kalau nak hantar Danish dan Baby terlalu awal plus Umi pun takut jugak kat office kalau awal sangat. About 11.00 am, Umi hubungi makanik yang biasa uruskan kereta tu tapi dia tak dapat datang so he recommended his friend which operated his workshop nearby. Mulanya boleh start tapi bila sampai workshop, enjin mati je dah tak boleh hidupkan balik.

Macamana ni? Malam ni nak balik kampung. My mum dah menanti....

Mekanik tu kata "Okay Kak, nanti petang you boleh ambil kereta". Umi siap pesan lagi minta dia bikin baik-baik sebab nak jalan jauh.

Petang around 6.00 pm, Umi sampai, kereta masih belum siap lagi. Kena tunggu sampai jam 8.30 pm.

Balik rumah semua excited sebab dah boleh balik kampung. Instead of bergerak malam tu, kami tukar plan nak bertolak jam 8.00 pagi esok.

5 November 2011 (Sabtu)
Anak-anak dah bangun awal, semua dah bersiap nak balik ke kampung. Sementara nak tunggu semua ready, Umi keluar ke Kedai Dobi. Perkara biasa sebelum bercuti, nanti dah balik sini tak banyak sangat baju yang kena cuci.

Walid angkat barang dan sementara menanti kami ke kereta, Walid nak panaskan enjin dulu. Guess what!!!!!!!! Tak boleh start lagi..... tapi kami bersyukur sebab masih kat rumah, kalau dah dalam perjalanan lagi susah...

Panggil mekanik lagi dan kena tunggu sampai jam 7.00 malam. Mekanik tu pesan kalau di pertengahan perjalanan masih tak boleh start kena tukar one of the parts tu, namanya 'air force' (mungkin la.., Umi tak tau nama-nama part tu..). Kami bertolak jam 9.00 malam selepas makan dan solat. Alhamdulillah perjalanan lancar walaupun singgah minum dan rehat...

6 November 2011 (Ahad - Hari Raya Korban)
Kami tiba di rumah Tok Ma jam 5.00 pagi dan raya di sambut seperti biasa. Walid sibuk dengan aktiviti korban dan anak-anak ghairah bermain dengan sepupu mereka.

Setelah selesai acara korban, Walid ajak menziarah ke rumah Mak Su Pah tapi sekali lagi, kejadian beberapa hari lepas berulang. Kereta tak boleh start lagi. Walid tukar plan, hari ni rehat aje esok baru ziarah. Pagi-pagi Walid akan tukar 'air force' part tu. Mengikut kata mekanik tu, semua akan okay kalau tukar part tu...

7 November 2011 (Isnin)
Finally, seawal jam 7.00 pagi, Walid dah tukar dan bersedia nak ziarah sedara mara, maklumlah dah lama tak balik. Selepas sarapan, kami mulakan perjalanan ke rumah Mak Su Pah. Mak Su Pah buat kenduri aqiqah untuk cucu-cucunya so kami melepak dari pagi. Cadangnya nak ke rumah Mak Chik Yah di Pagar Gerap, kenduri kahwin Fifi pada sebelah petang.

Perkara sam masih berulang. Workshop tutup sebab hari raya. Kebetulan ada satu workshop yang buka sebab pemiliknya berbangsa siam.

Setelah berbincang kami bercadang untuk balik terus ke rumah, bimbang kejadian yang sama berulang jika kami singgah di rumah Mak Chik Yah. Tapi Allah Maha Besar, hanya Dia yang mengetahui apa yang baik untuk kita. Tak sampai 1 meter dari pagar rumah Mak Chik Yah, enjin kereta berhenti tiba-tiba dan Walid tanpa banyak bicara terus pusing masuk ke perkarangan rumah Mak Chik Yah.

Kami beredar selepas makan malam dan Ayah Chik telah bermurah hati meminjamkan kereta sementara kereta kami bermasalah. Alhamdulillah...

8 November 2011 (Selasa)
Seawal jam 7.00 pagi, Umi dan Walid dah keluar tapi semua worshop belum memulakan operasi lagi. Sempat jugak kami membeli keropok untuk kawan-kawan terdekat dan beberapa helai kain pasang untuk kakak yang akan memulakan pengajian di Uitm pada minggu hadapan.

Boleh dikatakan hampir semua workshop di Pasir Mas kami masuk (yang dah mula berniaga setelah cuti raya), masih tak banyak kedai yang dah buka so terhad le sikit. Ada mekanik yang kata "Minta maaf la Bang, saya tak berani buat. Lebih baik Abang ke Nissan Service Center (NSC)". At last, kami buat keputusan untuk hantar kereta tu ke Nissan Service Center di Kota Bahru.

Kereta di 'tow' ke Kota Bahru dan kena tunggu esok untuk disiapkan. Kami sampai di NSC jam 5.00 petang. Nak buat macamana, we have to wait for tommorow nampak gayanya.... Apa masalah sebenarnya????? Masalah 'sensor'... Sebab tu lah minyak overflow dan masuk ke plug. Sensor yang problem, dah banyak part lain tukar dan dah terbang nearly RM2,500.00. Pengajaran..... Pengajaran......

Kata Ayah Su - tukar semua part dalam kereta tu, baru boleh start. Ye lah lepas satu part, satu part lain pulak....

9 November 2011 (Rabu)
Kereta siap jam 2.30 petang. Alhamdulillah. Thank to my Adik - Mek Da dan suami yang banyak membantu dalam menangani masalah ni....

Kami bertolak ke KL selepas solat Asar dan semuanya seperti yang dirancang.

10 November 2011 (Khamis)
Kami menghabiskan cuti, penat dengan keadaan yang berlaku. Walau bagaimanapun kami bersyukur dengan pertolongan Allah. Walaupun masalah timbul tetapi Allah mudahkan untuk selesaikannya. Alhamdulillah...

Begitulah berakhirnya cuti kami sekeluarga...



Monday, October 31, 2011

3 in 1 Celebrations at TLG

At last dapat jugak buat '3 in 1' celebrations at TLG.

1. The boys' birthdays
2. Umi's birthday
3. Walid & Umi annivesary ......

Friday, October 7, 2011

My 19th Anniversary

Tahun ini tak ada sambutan. Ya, langsung tak ada sambutan.

No special gift....
Only wishes from dear hubby

He was so busy.....

(Tapi tak pe, Walid kata kalau tak kena kerja on this coming saturday,
nak gi makan kat TLG - That Little Gerai)

I'm looking forward

Episod Baru..... Ye ke?

Isnin - 3 Oktober 2011

Bermula satu episod baru. Rasanya macam susah nak percaya.... Selepas 16 tahun, baru kali ini Umi memandu. TERPAKSA. Sebelum ni, pergi dan balik ke tempat kerja atau ke mana saja, mesti Walid yang bawa. Kalau Walid kena pergi kursus, Umi siap upah 'driver' untuk hantar dan ambil... siap pakej dengan hantar anak-anak sekali... Teruk kan...

Jumaat - 7 Oktober 2011

Hari ni dah 5 hari - tak kisah lah kena ikut jalan yang kurang kereta ke apa asalkan sampai ke tempat kerja dan selamat sampai rumah.

Pengalaman pertama kali tu, sampai tak lena nak tidur malam, asyik dok ingat macamana nak lalui esok hari.

Semoga semuanya berjalan lancar untuk hari-hari yang mendatang.

Wednesday, February 16, 2011

Buku Haji Muda - Ridzwan Bakar

Buku ini telah Umi beli pada 12 November 2010 tetapi masih belum berkesempatan membacanya. Keseluruhan buku ini ada 53 bab. Semalam, Umi membelek setelah sekian lama. Baru masuk bab ketiga, Umi dah sebak. Selepas balik dari umrah pada bulan Jun tahun lepas, hati umi mudah terusik bila terkenangkan kota suci Mekah dan Madinah. Ya Allah, terlalu kerdilnya aku di bumiMu.

'Ilahilas tulil firdausi ahla wala aqawa alannari jahim ........'

Teringat Umi tahun-tahun yang ditinggalkan di STF, doa ini sentiasa kami nyanyikan selepas solat berjemaah terutamanya selepas solat terawih berjemaah. Langsung airmata berguguran.... Kami nyanyikan bersama terjemahannya sekali. Betap indahnya waktu itu...

Setelah bekerja dan berumahtangga, amat jarang sekali Umi dapat berjemaah. Cuma sekali sekala bersama suami dan anak-anak di rumah. Itu pun jarang berkesempatan disebabkan anak yang masih kecil. Begitu banyak alasan untuk beribadat, kan.

Umi akan cuba habiskan buku Haji Muda dalam masa terdekat. Semoga Allah memberkati kita semua dan Umi berharap agar dimurahkan rezeki untuk Umi berkunjung ke Mekah pada tahun 2012.

Amin..

Sunday, February 13, 2011

Balik Kampung versi CNY 2011

At last, alhamdulillah dapat balik kampung semasa cuti sempena CNY baru-baru ni. Umi ambil cuti pada Isnin, Selasa dan Rabu dalam minggu CNY. Tanpa berlengah hari Sabtu, (29-01-2011) lebih kurang jam 10.30 pagi, kami bertolak ke Dungun (rumah My Auntie). Sampai di Dungun, dah jam 4.30 petang. Biasanya kami akan singgah ke Pantai dulu. Masa kami sampai, angin ribut di tepian pantai so tak dapat nak berjalan-jalan di gigi air. Lepas minum dan makan keropok lekor, terus kami ke Kg Gong Pasir. Kononnya, nak surprised kan my auntie tapi dia orang yang surprised kan kami. My auntie & uncle, tak ada kat rumah, luckily ada her son yang buka kan pintu.


Kami tinggal di Dungun for 2 days. Hari Ahad merupakan hari persekolahan so my Choh and Ayah Ngah sibuk uruskan kantin sekolah. Ayah Ngah pesan minta kami breakfast di kantin tapi malas pulak nak ke sana though kantin tu hanya sepelaung je dari rumah. Umi panaskan nasi goreng dan goreng ayam so apa lagi, lagipun masih penat seharian dalam perjalanan. After 10.00 am, Ayah Ngah balik with donut and keropok lekor. Kakak kata dunking donut tak boleh this donut. Dah petang pun masih lembut lagi.... Kami pergi jugak ke kantin for lunch. Macam-macam pilihan ada so pilih yang mana berkenan. Kami ke Pantai selepas makan tengahari, kali ini pun hujan turun renyai-renyai, sekali lagi kami tak dapat berjalan-jalan di Pantai.. kali ini tak ada peluang nak jalan-jalan di Pantai. Esok dah nak balik Kelantan pulak.

Hari Isnin, kami dah bersiap untuk balik Kelantan sebelum tu kami singgah di kantin untuk breakfast. As usual, walaupun baru 2 hari, hati memang berat nak tinggalkan Dungun, nak tinggalkan my auntie.

Kami bertolak ke Kelantan pada jam 12.30 tengahari dan sampai di rumah Tok Ma pada jam 5.00 petang.

Thursday, February 10, 2011

Panduan Solat Sunat Dhuha


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala

(Kurniakanlah kepadaku ilmu dan hikmah Wahai Tuhan Yang Maha Pemberi dan kurniakanlah rezeki
padaku Ya Tuhan Yang Memberi Rezeki Dengan Senang.



Baca doa ini setelah selesai solat


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


http://permai1.tripod.com/dhuha.html