Tuesday, June 29, 2010

Gambar Kenangan

Baitullah

Bas rosak dalam perjalanan ke Jeddah

Umi dan Walid

Walid di Jabal Rahmah

Walid bersama Mutawif (Ustaz Affendi) di Jabal Rahmah

Gua Ashabul Kahfi






Umrah & Ziarah 2010

Alhamdulillah.... seperti post Umi terdahulu, Umi dan Walid dapat juga menjejakkan kaki ke Baitullah walaupun jadual berubah beberapa kali.

02 Jun 2010
Bertolak ke Amman, Jordan.
Flight ke Amman berlepas jam 10.10 malam (waktu tempatan).

03 Jun 2010
Sampai Queen Alia International Airport lebih kurang jam 5.30 pagi (waktu di Amman). Perjalanan lebih kurang 12 jam. Dalam penerbangan tak boleh tidur as Umi memang takut nak naik kapal terbang.

Check-in di hotel, sarapan then off to ziarah ke Gua Ashabul Kahfi, Laut Mati dan Makam Nabi Shuib a.s. Lebih kurang separuh hari la... Penat? Memang penat sebab lepas long journey terus ziarah. Lebih kurang jam 5.30 petang, bersiap ke Airport untuk ke Jeddah. Jemaah perlu berpakaian ihram dan berniat umrah sejam sebelum mendarat.

10.30 malam, tiba di Jeddah. Disambut oleh seorang muttawif (Ustadz Affandi) dan terus di bawa ke Mekah dengan menaiki bas. Tak sabar rasanya, berdebar-debar semua ada. Setibanya di Mekah, Jemaah hanya diberikan masa 1 jam untuk mengambil air sembahyang dan sembahnyang jamak (Maghrib & Isyak) dan terus di bawa untuk memulakan ibadat umrah.

Melihat sahaja Baitullah, rasa macam nak gugur jantung. Terpegun... Nikmat yang tak terhingga sehingga tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Bersyukur kerana dapat bersujud dihadapannya.

04 Jun 2010
Selesai umrah pertama lebih kurang 15 minit sebelum azan subuh. Balik ke hotel dan rehat selepas kepenatan. Alhamdulillah setiap waktu sembahyang dapat dilakukan di Baitullah.

05 Jun 2010
Ziarah Jabal Thur, Mina, Muzdalifah, Arafah dan berniat umrah dari Ja'aranah. Umrah kedua selesai sejurus selepas waktu zohor. Seperti semalam, berehat di hotel.

06 Jun 2010
Jemaah di bawa untuk bermiqat umrah di Tanaim. Alhamdulillah umrah ketiga selesai sebelum waktu zohor.

07 Jun 2010
Umrah pilihan sekiranya jemaah berminat dengan bayaran tambahan, jemaah di bawa melawat ladang unta ke Masjid Hudaibiyah. Masjid ini agak uzur dan kekurangan bekalan air untuk mengambil air sembahyang. Selesai sembahyang asar, jemaah di bawa ke Muzium Dua Masjid (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi). Sebelum sempat Umi dan Walid menghabiskan saie, kami berhenti untuk sembahyang maghrib dan menyambung kembali saie yang tergendala tadi.

Alhamdulillah, kami dapat melakukan 4 kali umrah sepanjang berada di Mekah.

08 Jun 2010
Jemaah bebas membuat aktiviti sendiri. Malam aktiviti mendaki Gua Hiraq. Pada mulanya Umi tak nak mendaki sebab kekurangan stamina tetapi kata-kata perangsang Walid telah membakar semangat Umi dan terus membuat keputusan untuk mendaki. Puhh!!! Dalam hati Umi terfikir, bagaimanakah Siti Khatijah mendaki untuk mengghantar makanan kepada Rasulullah s.a.w.

09 Jun 2010
Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri. Umi dan Walid membuat tawaf sunat.

10 Jun 2010
Bertolak ke Madinah. Umi dan Walid melakukan tawaf sunat. Selepas zohor melakukan tawaf wida' dan bertolak ke Madinah lebih kurang jam 3.15 petang. Singgah makan malam di Restoran Yaman dan sampai di Madinah sekitar jam 10.00 malam.

11 Jun 2010
Ziarah sekitar Masjid Nabawi dan Mutawwif telah menerangkan tempat-tempat mustajab untuk berdoa. Jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Alhamdulillah jemaah wanita dapat memasuki raudhah selepas satu jam menunggu.

12 Jun 2010
Ziarah di Bukit Memanah dan Jabal Uhud. Masjid 2 kiblat dan Masjid (lupa la namanya). Selepas zohor, bertolak ke Jeddah untuk memulakan perjalanan ke Amman. Perjalanan ke Jeddah mengambil masa 8 jam. Dalam perjalanan bas pulak rosak tetapi ada yang menolong, perjalanan bersambung selepas 1 jam berhenti.

13 Jun 2010
Tiba di Amman, Jordan lebih kurang jam 2.30 pagi. Oleh kerana 'single visa entry', jemaah tidak dapat ke mana-mana cuma berehat-rehat di hotel menunggu waktu untuk balik ke Malaysia.

14 Jun 2010
jam 2.30 pagi berlepas ke Malaysia dan perjalanan memakan masa 12 jam. Sampai di KLIA dengan selamatnya jam 7.00 malam, setengah jam awal dari masa yang dijadualkan.

Amin...