Friday, August 28, 2009

Ramadhan datang lagi

Emmm.... diam tak diam dah 7 hari kita menyambut Ramadhan. Dalam tempoh 7 hari ni dah 2 - 3 kali terlajak untuk bangun sahur. Penat ke Umi ni? Walid as usual makan sebelum tidur lebih kurang jam 2.00 pagi.... Umi kena bangun again untuk anak-anak sahur, tu yang selalu terlepas tu agaknya.

Today (7 Ramadhan) 11 years ago, I gave birth to Najwa. Bulan puasa and kena pantang. Dah 11 tahun tapi rasanya macam baru je lagi. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar cuma dear Walid tak dapat nak berbuka dan bersahur dengan lebih proper. Umi kan dalam pantang.

Ramadhan kali ini, Umi masak untuk berbuka. Walid kata tak kisahlah masak apa asalkan Umi yang masak. This year tak mahu beli kat Pasar Ramadhan. Semalam, penat pulak rasanya, Umi pulak balik lambat so beli rendang kat Pasar Ramadhan. Sebagai tambahan Umi masak Sambal Tumis Ikan Bilis, lagipun Umi bukan suka sangat makan rendang. Dah habis berbuka, only then realised - rendang tak berusik pun, sambal ikan bilis yang licin. Kalau macam tu, kenalah masak walau pun simple dish aje.

Semoga Ramadhan kali ini lebih diberkati....




Sunday, August 23, 2009

S.P.I.E.S

Again, Umi kena gi Kursus SPIES di Teratak Hijjaz, Astana Dugang, Sg. Merab, Bangi pada 12 & 13 Ogos 2009.

What is SPIES? At first i thought SPIES ni kursus nak jadi spy. Kelakar pulak kan. That was the first series for officers. Rupa-rupanya Kursus Pembangunan Modal Insan.

Spiritual, Physical, Intellectual, Emotional, Social... Berjayakah program ini? From my personal view, sukar nak berubah, antaranya dan paling utama adalah sikap individu itu sendiri. Kebanyakkan kakitangan kerajaan bersikap ambil mudah dan bekerja sambil lewa. Umi sebelum ini bekerja dengan syarikat swasta. Mula-mula tu kena kejutan budaya jugak le bila sertai kerajaan. Bila kita nak berubah ke arah yang lebih baik, tak ada orang yang nak sokong kita. Bila Boss puji kerja kita, katanya bodek Boss dan macam-macam lagi. Bila kita ajak sama-sama naik ke atas, tak mahu masih dengan amalan-amalan lama. Ah.... macam-macam... sudahnya kita mengalah dan buat yang terbaik untuk diri kita dan agensi... sebab hanya segelintir yang nak berubah...

Kursus ini memang bagus untuk orang-orang yang inginkan kemajuan dan mempertingkatkan prestasi. Apa yang Umi tengok kakitangan sokongan 2 yang telah menghadiri kursus ini masih lagi dibelenggu dengan perangai lama dan masih berani mengutuk dan menyindir Boss depan-depan.

Nilai-nilai murni dalam Perkhidmatan Awam tidak diamalkan.

Bilakah lagi kita nak maju ke depan....


Saturday, August 22, 2009

Andai itu takdirnya



Tajuk : Andai Itu Takdirnya

Pengarang : Siti Rosmizah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
ISBN : 978-983-3669-65-3
Mukasurat : 588 Halaman
Status : Tiada Stok Buat Sementara (Dalam Proses Reprint)

Aleya, seorang gadis yang cantik dan berlatarbelakangkan keluarga sederhana, dalam diam menyimpan perasaan pada seorang anak tokoh korporat yang ternama yang juga merupakan rakan sekuliahnya di universiti di United Kingdom, Syed Adam Aizril. Syed Adam Aizril, wajahnya yang tampan menjadikan dia kegilaan ramai gadis. Limpahan kemewahan meletakkan ego dan kesombongan di singgahsana yang paling tinggi. Mentalitinya yang mementingkan darjat dan kedudukan telah menutup pintu hatinya untuk mendengar bicara hatinya sendiri yang pada ketika telah mula ada getaran buat Aleya.

"Salahkah Leya mencari sedikit bahagia? Mengapa Leya tak pernah dapat merasainya? Hina sangatkah Leya sebab beribu dan berbapakan orang miskin? Memang Leya miskan tapi Leya juga jugak ada maruah diri."

Terjadinya suatu perkara yang menyatukan mereka. Tapi kerana terlalu ego, sombong dan mementingkan darjat, begitu hina Aleya dilayan Syed Aizril.

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Kuasa cinta, tiada siapa yang dapat menghalang. Mereka kembali bersatu atas penyesalan Syed Aizril. Ketika ingin menyulam bahagia dan menyemai kasih antara dua hati, munculnya Sharifah Emilin, sepupu kepada Syed Aizril yang membuat onar. Sharifah Emilin yang penuh di hatinya dengan ego, bongkak dan iri hati ingin menunaikan dendamnya pada Aleya yang dianggap merampas Syed Aizril yang konon dianggap sebagai kekasihnya. Namun, di hati Syed Aizril, hanya Aleya yang bertakhta.

"You dengar sini Zril, dendam I tak habis kat sini. I bersumpah, I akan pastikan hidup you musnah...musnah sebagaimana you musnahkan hidup I. I takkan lepaskan you. You tetap akan jadi milik I. I janji Zril, I janji."

Namun, ada kalanya cinta mereka teruji di tengah jalan. Kerana keegoan seorang lelaki yang menuncak, Syed Aizril telah melakukan kekhilafan yang hanya merugikan dirinya sendiri dan hampir-hampir menyebabkan dia kehilangan cinta sucinya.

"Leya jangan tinggalkan abang. Kembalilah sayang, kembalilah. Jangan teruskan perjalanan itu. Berilah abang peluang untuk membahagiakan Leya. Hentikan perjalanan itu sayang, pandanglah ke belakang walaupun cuma seketika."

Salahkah Aleya kerana memilih Syed Aizril dalam hidupnya?

"Namun dia terleka sebentar dengan kebahagiaan palsu yang diciptakan oleh suaminya. Habis manis sepah dibuang. Dia akhirnya menjadi pengemis cinta pada suaminya sendiri. Akhirnya dia telah terluka untuk kedua kalinya tetapi kali ini kelukaannya lebih dalam hingga meragut nyawanya sendiri. Itulah kisah perempuan yang bernama Nur Aleya binti Idris."

Cinta...cinta telah menjadikan Aleya, gadis yang pendiam dan berperibadi sederhana, seorang yang kuat, tabah, tegas dan berani, walau dalam hatinya penuh cinta dan kasih.

"Selama aku miniti liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri ni, aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdir-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Cinta...cinta telah mengubah Syed Aizril yang ego dan sombong kepada seorang yang sangat menghargai cinta dan kasih sayang.

"Leya, abang janji dengan nama ALLAH abang akan menjaga Leya hingga ke nafas yang terakhir. Percayalah sayang. Leya takkan keseorangan lagi. Abang sayang Leya dengan penuh hati abang."


Buku ini adalah novel kedua yang Umi baca. Sedih ke?? I found myself in tears most of the times. Sedih dan menyentuh perasaan.

Novel ni pulak, kakak pinjamkan dari kawannya sebab katanya "Kakak kalu boleh nak Umi baca cerita ni sebab ceritanya sediha dan kakak gerenti Umi mesti nangis punya". Well, betul kata-kata kakak tu. Umi mesti maintain, tak kan nak nangis depan dia orang. Baca buku tu pun dalam bilik, bimbang dan malu menangis depan orang lain.


Reccomended untuk semua....


Lili Buat Najah..... Novel Pertama


Novel pertama yang Umi baca. Itu pun selepas kakak merengek nak beli novel. Masa pesta buku di Shah Alam tempohari. Umi belikan 3 buah novel dan syaratnya baca selepas final exam nanti. Hari-hari temgok novel tu, tergerak pulak nak baca. Bila dah baca tu, tak nak berhenti pulak. Kejap lagi, kejap lagi, last-last 3 hari habis baca 500 pages punya buku. Yang paling penting, dapat sorok dari Walid. Bukan sorok apa, sorok tak baca depan Walid. Itu aje.... As nama kakak ada Najah so beriya dia suruh kite beli. Bila baca buku tu actually Najah tu lelaki. Masa baca confuse jugak le sebab in my mind Najah tu perempuan. Tapi lama-lama jadi okay.

Sedutan Lili buat Najah

KURANG SEJAM SAHAJA LAGI penerbangan MH7 dari Heathrow, London akan mendarat di KLIA. Para penumpang telah diarahkan memasang tali pinggang keselamatan dan bersedia untuk mendarat. Sayup-sayup kelihatan menara kawalan dan kawasan sekitar yang dulunya hutan kelapa sawit dan kini telah bertukar menjadi sebuah mercu kebanggaan negara.

Dari tadi aku hanya memandang tingkap kecil biarpun tidak banyak benda yang boleh aku lihat. Merenung jauh bagaikan dapat menembusi lapisan langit biru. Fikiranku tidak tenteram. Ikutkan hatiku mahu sahaja terus menetap di UK, tidak perlu lagi pulang ke tanah air. Tapi aku tidak boleh lari daripada hakikat bahawa di sini tanah air aku, tempat tumpah darahku, tempat umi melahirkan aku. Aku harus pulang, bukannya lari daripada kenyataan yang bakal aku hadapi.

"Tasha, are you okay dear? Abang tengok Tasha dari tadi asyik termenung aje.Is there something bothering you?" tanya Najah. Dia tahu apa yang bermain di fikiranku Kenapa sayang? . Persoalan yang telah kami debatkan berbulan-bulan lamanya sebelum mengambil keputusan untuk kembali ke tanah air.

"I'm okay abang.... Just wondering how I'm going to live separate from you after this'" sahutku perlahan.

"I'll always be by your side my dear. Abang tak akan tinggalkan Tasha sendirian. Itu janji abang pada Tasha. Abang akan tunaikan, sayang. Percayalah." Najah mengusap jari jemariku. Sentuhan kasihnya menyerap ke seluruh urat sarafku. Lelaki ini sering kali memberikan aku kekuatan. Sewaktu dia menikahi aku, awal-awal lagi dia sudah beritahu bahawa pernikahan ini terpaksa dirahsiakan untuk sementara waktu kerana Najah bimbangkan mamanya membantah. Kata Najah lagi, kalau sudah nikah, mama tidak boleh paksa dia ceraikan aku… tapi kalau tak nikah lagi, Najah tiada pilihan lain selain daripada menurut kehendak mamanya yang mahu dia berkahwin dengan anak sahabat baiknya.

(Sedutan dari Sisipan Minda Titipan Kata)

Pada pandangan Umi pulak, cerita ni terlalu 'complete' dan sukar nak digambarkan. Sedih memang sedih. Walau dihina dan didera dengan berbagai cara dan keadaan, Tasha masih dapat menerimanya.

Terpulanglah pada anda semua untuk menilainya...






Friday, August 7, 2009

Macam-macam daaaa.....

Mmmh.... lama jugak Umi tak menulis dan mencurahkan rasa yang terpendam. Sibuk dari biasa je... Umi kena siapkan all the task dalam satu masa yang sama. Cut-off date sama so terkejar-kejar nak siapkan kerja.

Budayakan Amalan 5S
Umi diberi jawatan as one of the auditors di Jabatan dan Majlis. Kena hadir beberapa taklimat dan kursus bagi memahamkan lagi apakah itu 5S. Sebenarnya Umi dah biasa dengan 5S ni masa Umi kerja di Matshushita Television Company (MTV). Tau je lah syarikat Jepun tentulah 5S ni menjadi satu kemestian.

KMK - Kumpulan Meningkat Mutu Kerja
Ini satu lagi yang buatkan Umi pening kepala. Bukan apa Umi ni malas sikit (banyak kut!!). Though Umi dulu dalam group KMK di MTV tapi Umi tak nak tunjuk kepandaian sebab kalau orang tau kita pandai nanti semua kerja kita kena buat. Biasalah tu... Walaupun tak tunjuk pandai, Umi dah dilantik menjadi Ketua Kumpulan. Okay lah tak pe, Umi dan the group buat jugak tapi tidak bersungguh-sungguh.

On the presentation day, Umi kena ke Perdana Putra, attended talk on BLESS. My Asst Group Leader pulak MC sebab dah tau Umi ke Perdana Putra. Luckily, one of my staffs sudi membantu buat 'presentation'. Umi tak expect untuk menang di peringkat Jabatan pun. I was and am tired of all those things, bagi le peluang kat tenaga-tenaga yang masih muda. Lagi pun I have 6 kids awaiting for me at home. Mana nak masak, kerja rumah dan bagai-bagai lagi...

Pendek cerita, my group dah terpilih the best group masa buat presentation (alah... 3 group je pun yang buat presentation). Still struggling nak siapkan coz pertandingan betul-betul is on October.

Review Budget 2010
For the past three weeks, asyik keluar masuk bilik Boss je pasal perkara ni. Prepare ..... Discuss ... Meeting ..... Review....Discuss...Meeting... Update ... Discuss.... Meeting. More than 5 times meeting tapi till now belum lagi finalised.

Kes-kes untuk Tindakan Mahkamah
Lebih 10 fail yang Umi kena vet thru and prepare kan I.P, baru siap 6 fail, masih berbaki lagi 4 fail... nampak gayanya kena kerja lah this weekend.

Huh.... masih terasa penatnya.....