RESEPI : Che' Nom (Resepi Che Nom)
Masa Penyediaan : 40 minit
Masa Memasak : 30 minit
Hidangan : 5 - 6 orang
BAHAN –
BAHAN :-
1 pek
/20g agar-agar tali
4 1/2
cawan air
1 cwn
/200g gula + 2 sb gula (pilihan)
1 cwn
air pandan
1 kotak
kecil /200ml santan
1 biji
telur
1/4 sk
garam
Sedikit
pewarna hijau
CARA
PENYEDIAAN :-
Potong kasar daun pandan kemudian masukkan dalam blender. Tambah 1 cawan air dan kisar
halus. Tapis jus pandan dan sukat. Tambah
air kosong kalau tak cukup 1 cawan. Ketepikan dulu.
Pecahkan
telur dan pukul. Masukkan telur tadi dalam santan. Kacau telur dan santan sampai
larut sebati kemudian ketepikan dulu.
Untuk agar-agar, Che Nom bilas dulu dengan air kemudian toskan kering.
Masukkan agar-agar dan air dalam periuk kemudian masak sampai agar-agar larut. Bila agar-agar dah hampir nak larut, tuang masuk gula dan gaul sebati.
Bila agar-agar dah larut dan mendidih, tuang masuk adunan santan dan telur tadi. Terus kacau sampai sebati. Masa ni memang kita akan terus nampak santan berketul-ketul.
Buka api besar dan biar aga-agar mendidih sampai nak meruap. Tapi jaga-jaga jangan sampai meruap keluar periuk pula nanti habis tumpah.
Bila dah meruap 1-2 minit, boleh terus tutup api.
Tuang masuk adunan agar-agar. Che Nom guna bekas kaca, kalau nak guna loyang aluminium pon boleh.
Biarkan adunan agar-agar suam-suam sejuk dan lepas tu simpan dalam peti sejuk semalaman.
Bila agar-agar dah keras, boleh potong dan sedia untuk dihidang.
No comments:
Post a Comment