'Ilahilas tulil firdausi ahla wala aqawa alannari jahim ........'
Teringat Umi tahun-tahun yang ditinggalkan di STF, doa ini sentiasa kami nyanyikan selepas solat berjemaah terutamanya selepas solat terawih berjemaah. Langsung airmata berguguran.... Kami nyanyikan bersama terjemahannya sekali. Betap indahnya waktu itu...
Setelah bekerja dan berumahtangga, amat jarang sekali Umi dapat berjemaah. Cuma sekali sekala bersama suami dan anak-anak di rumah. Itu pun jarang berkesempatan disebabkan anak yang masih kecil. Begitu banyak alasan untuk beribadat, kan.
Umi akan cuba habiskan buku Haji Muda dalam masa terdekat. Semoga Allah memberkati kita semua dan Umi berharap agar dimurahkan rezeki untuk Umi berkunjung ke Mekah pada tahun 2012.
Amin..
Assalamualaikum Umi,
ReplyDeleteKalau berkesempatan, boleh baca buku Travelog Haji dari Prof Kamil dan Kembara Hati ke Tanah Suci dari Ustaz Ghazali, memang menyayat hati. Ada buku2 lain dalam my blog posting "Manasik Haji".
Waalaikumusalam Dada,
ReplyDeleteI read all your blog posting tapi belum berkesempatan nak beli buku-buku lain. Yang ini pun belum habis lagi...