Sunday, April 11, 2010

Karnival Klang 2010

Karnival Klang 2010 telah diadakan pada 10 & 11 April 2010 di Laguna Park, Pulau Indah.

Tak banyak aktiviti dan pertandingan mewarna tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini ada 2 kategori iaitu Kategori A (5 - 7 tahun) dan Kategori B (8 - 10 tahun). So, Umi daftarkan untuk Abg Darwis dan Abg Danish sebab Kakak, Abang & Kak Chik dah lebih umur dan dia orang pun ada tuisyen dan kelas tambahan di sekolah. Cuma kami berlima je yang pergi, Umi, Walid, Natra (Baby Queen) dan kedua-dua participants.

Sementara menunggu Darwis & Danish, Walid sempat pusing semua gerai yang ada, Umi & Baby Queen berehat aje di bawah khemah. Danish pun tak berapa sihat. Demam dari malam tadi. Lagi 1 jam tamat waktu pertandingan mewarna, Darwis dan Danish dah siap dan hantar kertas lukisan yang dah siap diwarnakan. Not bad lah Danish warnakan.



Biasalah Baby Queen akan berada di mana saja...



Umi terpaksa 'register' kan untuk Baby Queen, sibuk nangis nakkan abang-abang punya beg goodies so Umi kena 'register', nasib baik ada lagi beg goodies & penyertaan telah ditutup. Kalau tidak, jenuh jugak nak melayan kerenah my baby tu...

Kami balik dah jam 12.30 tengahari sebab Kak Chik dah menunggu kat sekolah. Sampai rumah Umi terus masak, makan then off to Putrajaya..

No comments:

Post a Comment