Thursday, April 29, 2010

Kelas Memasak Siri1

Entah kenapa tiba-tiba Umi terasa macam nak buat sesuatu yang di luar bidang kerja Umi. Mula-mula I chose photography, dah beli kamera pun tapi I hardly find times to go outside tangkap gambar bagai as my dear hubby yang kena jadi pilot. Since dapat lesen memandu (1995), Umi cuma jadi driver kalau sekitar KRU je.

Few weeks ago, Umi mula belajar memasak not exactly memasak la tapi belajar buat kuih and the first 2 kuih yang Umi belajar adalah Kuih Talam / Lapis Koko dan Talam Berlauk. I found new friends and enjoyed being with them. Ada yang talkative, pendiam, ada makcik and form the looks, Umi yang paling muda kut... he..he..he.. jangan mare... Paling muda among them le yang hadir kelas that day.

One of the new friends named N**a. She's very friendly and siap ajak Umi belajar buat biskut and cakes lagi. She's staying in USJ.

Last week, Umi dah buat Talam Koko. Rupa dan rasanya memang menjadi but the problem is Umi pakai dapur gas biasa dan periuk kukus pun kecik. Took me nearly 2 hours starting from timbang-timbang the ingredients. Penat jugak tapi berbaloi. Kalau nak order boleh contact Umi. Chewah...

Next class will be on 23 May 2010. This time nak buat Talam Cendol and Apam. Looking forward to go to the second class.


Sunday, April 11, 2010

Karnival Klang 2010

Karnival Klang 2010 telah diadakan pada 10 & 11 April 2010 di Laguna Park, Pulau Indah.

Tak banyak aktiviti dan pertandingan mewarna tidaklah semeriah tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini ada 2 kategori iaitu Kategori A (5 - 7 tahun) dan Kategori B (8 - 10 tahun). So, Umi daftarkan untuk Abg Darwis dan Abg Danish sebab Kakak, Abang & Kak Chik dah lebih umur dan dia orang pun ada tuisyen dan kelas tambahan di sekolah. Cuma kami berlima je yang pergi, Umi, Walid, Natra (Baby Queen) dan kedua-dua participants.

Sementara menunggu Darwis & Danish, Walid sempat pusing semua gerai yang ada, Umi & Baby Queen berehat aje di bawah khemah. Danish pun tak berapa sihat. Demam dari malam tadi. Lagi 1 jam tamat waktu pertandingan mewarna, Darwis dan Danish dah siap dan hantar kertas lukisan yang dah siap diwarnakan. Not bad lah Danish warnakan.



Biasalah Baby Queen akan berada di mana saja...



Umi terpaksa 'register' kan untuk Baby Queen, sibuk nangis nakkan abang-abang punya beg goodies so Umi kena 'register', nasib baik ada lagi beg goodies & penyertaan telah ditutup. Kalau tidak, jenuh jugak nak melayan kerenah my baby tu...

Kami balik dah jam 12.30 tengahari sebab Kak Chik dah menunggu kat sekolah. Sampai rumah Umi terus masak, makan then off to Putrajaya..

New Interest (Photography)

Umi dah mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Emph.. berpeluh jugak pujuk Walid belikan DSLR. Tanya sana, tanya sini, risik sana, risik sini akhirnya Canon E1000D yang jadi pilihan. Sebab apa jadi pilihan :-
1. Baru nak belajar guna.
2. Baru beralih dari compact to dslr.
3. Murah (within budget).
4. Recommended by empunya kedai kamera tu.

Ini le gambar Canon E1000D ku....














Baru sekali Umi masuk kelas belajar fotografi tu. Macam-macam yang Umi belajar tapi Umi faham ke? Dengan ISO, Shutter, Depth of Field Review, Focal Length, Lense Release Button dan so many other new things yang Umi pun dah tepu nak terima pelajaran.

Since then, Umi pun mula lah menangkap gambar tapi maklum jelah, amatur dan bukannya professional. Banyak gambar yang Umi rakam kena 'delete' sebabnya blur, gelap and so on... Mungkin ops bukan mungkin tapi mesti, ya Umi perlu masuk banyak lagi kelas lain dan belajar dengan kawan-kawan. Pengalaman boleh mematangkan seseorang....

Buat masa ni Walid tak minat dengan fotografi ni. Pujukan isteri tercinta, beli jugak kamera tu, thanks dear. Mana tau nanti Walid juga akan minat dengan fotografi ni....