Saturday, February 21, 2009

Antara MLM & Skim Cepat Kaya

Apa itu MLM? Multi Level Marketing... kalau betul ikut konsepnya memang akan berjaya tapi mungkin masa yang agak lama. Kena cari down-line and so on. Rasanya semua orang tahu.

Skim Cepat Kaya pun semua orang tahu.


Stories begin here....


Me, myself & i amat berminat nak untung cepat so bila ada orang ajak masuk dalam pelaburan internet (**** cash / ***** fund) dengan untung yang berlipat ganda, tentulah umi tak melepaskan peluang. Walid tak percaya dengan all these sort of things tapi selepas kena pujuk cair jugak. Walid bagi some amount of money yang membolehkan umi masuk 10 lot scheme. Banyak tu.... Dalam hati dah berkira-kira, tentu jadi jutawan tak lama lagi. After 1 month, BNM umumkan tutup syarikat tu tanpa umi dapat 1 sen pun. Bila dah jadi macam tu menyesal tak sudah la....


Tapi tak berhenti kat situ saje, umi terpengaruh lagi. Kali ini dengan MLM pulak, namanya tak asing lagi, ada dimana-mana, signboard besar kat Jalan Persekutuan pun ada. Bezanya kali ini, umi tak keseorangan, kali ini umi dengan walid sekali, pergi dengar taklimat di ‘somewhere’ dekat-dekat dengan IKEA (tak dekat sangat). Mula-mula, kena melabur dengan ‘some amount’, then untuk dapat pangkat yang lebih tinggi dari ‘sales manager’, kena tambah pelaburan atau cari down-line untuk dapatkan group sales amounting to RM16K (at that time).... After some thinking and disccusion, asyik nak kena tambah pelaburan atau tingkatkan group sales atau cari down-line, we decided... No more MLM and no more Skim Cepat Kaya. Whatever it is, dengan rezeki yang ada kita akan sama-sama gunakan untuk perkara yang lebih berfaedah. MLM for us bukan sesuatu yang mudah. We just don’t have talent to do marketing. Kami tahu ramai yang dah berjaya tapi we are not talented enough to do that.....


Around 1 year ago, we were approched by ‘someone’ yang diperkenalkan oleh one of walid’s friend named A***r which happened to be one of M**’s staff. Katanya program ni bagus, dah ramai yang berjaya. So pada hari yang dijanjikan, A***r datang with his family and that ‘someone’ with his wife. After an hour of explaination, the conclusion was we have to apply for loan in other to get the first bonus of RM5K. The loan amounted to RM20K ++. For us the RM20K is a big amount of money. Alhamdulillah, kali ni berjaya menepis untuk tidak mahu terlibat lagi dengan MLM.


After a few months, walid terjumpa dengan A***r dan bertanya tentang MLM tu. A***r kata dia sebenarnya tak berminat tapi wife dia yang beriya-iya sangat. Bila dah buat loan, terpaksalah cari duit untuk langsaikan loan tersebut. Sekarang produk yang dah dibeli dengan loan tu tak dapat jual dan terpaksa bayar loan bulan-bulan. Poor A***r.


Last week, one of my collegues did mention pasal savings in ASB, she could get RM7K in the first month. I thought ada skim pinjaman dari bank or apa lah. Maklumlah umi ni bukan pakar ekonomi so bila nampak macam keuntungan, terus mata hitam jadi $$$$$. He..he...he..... Tak lepas peluang, umi pergilah ke tempat yang dijanjikan, somewhere dekat dengan umi’s office. Umi beritahu walid nak balik lambat coz ada pelaburan yang bunyinya menguntungkan. Kebiasaannya walid okay aje.


Bila kawan umi tu mulakan cerita, umi dah tahu, ini mesti MLM lagi sebab ceritanya sama dengan A***r just amountnya yang dah bertambah. Instead RM5K for the first month bonus, dah bertambah ke RM7K and loan amount dah meningkat ke nearly RM32K. Why ASB at first?? Reasonnya macam ni:-


1) Pinjaman ASB lambat pulangannya, after a year belum tentu dapat RM100K. Dengan MLM boleh dapat more than RM100K.

2) Bonus pertama masuk ASB.


Memang umi tak nafikan tapi umi tak ada kebolehan untuk buat MLM. Itu saje. Risik punya risik, rupanya hampir 40% of my officemate dah masuk, dah buat pinjaman dan terpaksa langsaikan pinjaman. Semuanya diam sebab segan nak cakap, lagipun kawan sepejabat.


Apa yang umi cerita adalah pengalaman umi sendiri dan pengalaman kawan-kawan umi, mungkin kalau up-line tidak terburu-buru untuk mengejar bonus kereta, bonus umrah, bonus melancong dan lain-lain bonus, tak perlulah downline buat pinjaman.


Whatever it is, buatlah keputusan dengan bijak.




No comments:

Post a Comment