Tuesday, December 16, 2008

Sambutan Aidil Adha 2008

Alhamdulillah... Sambutan Aidil-adha tahun ini lebih meriah sebabnya Choh and Ayah Ngah balik beraya di Kelantan after so many years tak balik (for hari raya le). Tahun ini, Umi dapat buat aqiqah untuk Natra, our baby queen dan korban untuk Walid. Actually nak booking untuk 7 bahagian tapi Mak Su Pah planned nak share within our family tapi last minute tak jadi coz lembu untuk dikorbankan tak dapat. Ini kes last minute order la. Chek Da dapat 1 bahagian aje. Next year kena plan betul-betul.

Bertolak dari Klang jam 2.30 petang on 6 Disember 2008, at first Walid nak bertolak jam 10.00 pagi tapi biasalah masa berjalan hingga jam 2.30 petang. Sampai di Pasir Mas (Tok Ma's house) jam 11.00 pagi (7/12/2008), selepas singgah breakfast di Gua Musang dan tidur di tepi jalan coz 'jammed' teruk di Felda Kechau to Gua Musang. As kenderaan tak bergerak, Walid decided to have a short-nap which ended dengan tidur for 3 hours. Katanya 'Walid dah tua, dah tak fit nak drive long journey'.

Tok Ma was not at home. Tok Ma ke Pasar Pasir Mas menjalankan perniagaan kecil-kecilan to make herself busy. She likes to work rather than being at home doing nothing. Furthermore, anak-anak dah besar dan semuanya di Selangor. Untuk hilangkan boring at home, Tok Ma menjual barangan permainan dan assesories. Kalau musim cuti sekolah, Pasir Mas will be packed dengan anak-anak rantau yang pulang bercuti dan harga barang pun compared to Pengkalan Kubur lebih murah but kena pandai 'kecek kelate'.

Hari-hari yang dilalui seperti biasa. Pasir Mas - Pengkalan Kubur - Pasir Mas. Aidil adha kali ini, Walid berpeluang ke Tak Bai - Thailand (10/12/08). Kalau dulu kena ada 'border pass'. Kali ini masuk seludup aje without border pass or passport. Tambang feri RM0.60/person. Kami tak ade beli apa-apa pun lagipun banyak kedai yang masih tutup.

The next day, Walid, Kakak dan Abang masuk tanpa ditemani oleh Ayah Su atau Mak Su Pah. Selamba aje. Tak lama after 2 hours dah balik. Orang-orang Thailand masih beraya??? Hari besar untuk shopping di Tak Bai adalah hari Selasa dan hari Sabtu. Jika hari-hari lain tak semeriah kedua-dua hari ini.

Unfortunately, serena telah rosak - water-pump bocor so tak dapat balik hari Khamis terpaksa balik hari Jumaat (12/12/08) dan Umi kena called office minta EL. Reached Klang lebih kurang jam 8.30 malam dan dapat SMS dari Cik Lin*a minta siapkan SKT dan Prestasi Jabatan for 2008 and of course Umi kena gi kerja on Saturday.... tak dapat nak rest. Penatnya... tak cukup rest dah kena kerja. Umi jugak kena pergi Mesyuarat Pembentangan SKT dan Prestasi 2008 di Ampang on 17/12/2008 ~ 19/12/2008.






No comments:

Post a Comment