Tuesday, December 16, 2008

Pindah Pejabat

Tengah sibuk mengemas untuk pindah office. Operation kat new office akan bermula pada 22 Disember 2008.

Busy packing...............

Sambutan Aidil Adha 2008

Alhamdulillah... Sambutan Aidil-adha tahun ini lebih meriah sebabnya Choh and Ayah Ngah balik beraya di Kelantan after so many years tak balik (for hari raya le). Tahun ini, Umi dapat buat aqiqah untuk Natra, our baby queen dan korban untuk Walid. Actually nak booking untuk 7 bahagian tapi Mak Su Pah planned nak share within our family tapi last minute tak jadi coz lembu untuk dikorbankan tak dapat. Ini kes last minute order la. Chek Da dapat 1 bahagian aje. Next year kena plan betul-betul.

Bertolak dari Klang jam 2.30 petang on 6 Disember 2008, at first Walid nak bertolak jam 10.00 pagi tapi biasalah masa berjalan hingga jam 2.30 petang. Sampai di Pasir Mas (Tok Ma's house) jam 11.00 pagi (7/12/2008), selepas singgah breakfast di Gua Musang dan tidur di tepi jalan coz 'jammed' teruk di Felda Kechau to Gua Musang. As kenderaan tak bergerak, Walid decided to have a short-nap which ended dengan tidur for 3 hours. Katanya 'Walid dah tua, dah tak fit nak drive long journey'.

Tok Ma was not at home. Tok Ma ke Pasar Pasir Mas menjalankan perniagaan kecil-kecilan to make herself busy. She likes to work rather than being at home doing nothing. Furthermore, anak-anak dah besar dan semuanya di Selangor. Untuk hilangkan boring at home, Tok Ma menjual barangan permainan dan assesories. Kalau musim cuti sekolah, Pasir Mas will be packed dengan anak-anak rantau yang pulang bercuti dan harga barang pun compared to Pengkalan Kubur lebih murah but kena pandai 'kecek kelate'.

Hari-hari yang dilalui seperti biasa. Pasir Mas - Pengkalan Kubur - Pasir Mas. Aidil adha kali ini, Walid berpeluang ke Tak Bai - Thailand (10/12/08). Kalau dulu kena ada 'border pass'. Kali ini masuk seludup aje without border pass or passport. Tambang feri RM0.60/person. Kami tak ade beli apa-apa pun lagipun banyak kedai yang masih tutup.

The next day, Walid, Kakak dan Abang masuk tanpa ditemani oleh Ayah Su atau Mak Su Pah. Selamba aje. Tak lama after 2 hours dah balik. Orang-orang Thailand masih beraya??? Hari besar untuk shopping di Tak Bai adalah hari Selasa dan hari Sabtu. Jika hari-hari lain tak semeriah kedua-dua hari ini.

Unfortunately, serena telah rosak - water-pump bocor so tak dapat balik hari Khamis terpaksa balik hari Jumaat (12/12/08) dan Umi kena called office minta EL. Reached Klang lebih kurang jam 8.30 malam dan dapat SMS dari Cik Lin*a minta siapkan SKT dan Prestasi Jabatan for 2008 and of course Umi kena gi kerja on Saturday.... tak dapat nak rest. Penatnya... tak cukup rest dah kena kerja. Umi jugak kena pergi Mesyuarat Pembentangan SKT dan Prestasi 2008 di Ampang on 17/12/2008 ~ 19/12/2008.






Monday, December 15, 2008

Langkawi's Trip

Well, well, well.... akhirnya sampai jugak kami ke Langkawi. Only Walid yang dah a few times ke sana. The main reason Umi takut naik bot and kapal terbang so macamana nak pergi ke Langkawi.

Day 1 - 29/11/2008
Bertolak ke Langkawi dengan flight jam 7.00 pm. Hati Umi dah berdebar-debar sejak anak-anak Umi mula excited nak bercuti panjang. Dalam flight, Walid asyik jeling Umi je with the sign "ok ke"... Mula tu tak ok as the plane langgar awan and so on. Umi mesti kuat semangat so akaylah along the way. We reached Langkawi at 7.50 pm, terus ke lobi untuk dapatkan transport yang dah di booking tapi orang yang dijanjikan tak kunjung tiba. The phone was off. Luckily, ada one man named Gh*ni tanya nak sewa his 'premacy' ke tidak. Without further delay, Umi terus confirmkan sebab semua orang dah penat. Sebelum register di Perdana Beach Resort, kami berhenti makan malam di Padang Matsirat. Sampai ke hotel around 9.00 pm.

Day 2 - 30/11/2008
After breakfast, kami melawat an old friend - Pak Lang di Kg Ulu Melaka, Padang Matsirat. Lama tak jumpa, kami borak-borak sampai jam 12.00 tengahari. Terus pergi lunch dan 'checked-out' di Perdana Beach Resort. Kami terus ke Makam Mahsuri dan habiskan masa sehingga jam 4.30 petang. Kemudian 'check-in' di Lagenda Beach Resort. Anak-anak sibuk nak ke 'swimming pool' so Walid kena layan. At hotel room tinggallah Umi, Baby Queen and Kakak. What else to do tidur le. After Maghrib, keluar untuk makan malam dan jalan-jalan di Dataran Lang. Balik malam tidur aje dah penat.

Day 3 - 01/12/2008
Macam semalam ke rumah Pak Lang. Thought of having lunch dengan family Pak Lang tetapi Pak Lang ada hal so tak dapat nak buat apa. After lunch, jalan-jalan ke Beras Terbakar. Ingatkan ada 'something special' rupanya tak menarik langsung. Tak pe le, this is my first trip to Langkawi so boleh dimaafkan. Petang, dapat jugak ajak Walid ke kedai Hj Ismail - tengok barang-barang CORNINGWARE. Agaknya not to my taste, so hanya beli one set of round bowl untuk Tok Ma and 1 set of 7 units round bowls for myself. Untuk Opah, Walid tak tahu nak beli apa. Malam - Umi, Kakak, Kak Chik dan Baby Queen tak keluar. We stayed at hotel room while Walid and other kids keluar makan. Entah kenapa tiba-tiba Umi rasa seram sejuk macam nak demam aje. So end-up tidur je lah. Perhaps Umi pun suka tidur.

Day 4 - 02/12/2008
After breakfast - ke rumah Pak Lang and terus tangkap Pak Lang & Mak Lang ke Restoran Masakan Kampung di Padang Matsirat (near Makam Mahsuri) for lunch of course. Macam-macam lauk-pauk dihidangkan sampai tak tahu nak pilih yang mana satu. Then, balik hotel dan packed baju untuk balik ke Klang. Checked out lebih kurang jam 5.30 petang dan singgah beli 'chocolates'... guess what Walid kena belanja RM4*0.00 only for chocolates je. Terperanjat betul dibuatnya. Lepas makan malam terus ke Airport and rileks while tunggu the flight jam 9.30 pm. Reached KLIA safely and my sister fetched from Airport to Klang. Thanx I*a.

Balik Klang - semua okay. Walid took an emergency leave on 03/12/2008 - masih penat katanya. After lunch ke Sungai Besar, uruskan Abang yang akan bertukar sekolah pada tahun hadapan. Asyik demam je bila kat asrama.

Itu aje ceritanya - actually kami tak dapat nak berjalan-jalan sangat as we (the whole family) kena penyakit gatal-gatal and kaki Umi yang semakin membengkak. Tak dapat nak berjalan jauh dan berdengkut-dengkut. Pity me.

We are planning to go to Langkawi again next year - dengan bot pulak.

See you again LANGKAWI.... We have great memories......



Tuesday, October 28, 2008

Met an old friend


Akhirnya, sampai juga ke Janda Baik ~ Selesa Hill Homes. Reached Selesa at about 11.00 pm coz singgah di Kolam Air Panas, Selayang. Kids were very happy but they could not swim as they always do... there was so many guests over the weekends + Deepavali holidays. Walid kata "Macamana nak berenang, bukannya kuak air, kena kuak orang". I stayed at the swiming pool only for 1 hour, later they joined me at the apartment. Boring katanya.

I thought of makan kat luar for lunch and dinner but ended up kena jugak masak sebab Walid malas nak drive ke luar. Penat katanya and need more time to rest. Felt very exhausted the last week. Busy with 'Mesyuarat pemilihan Pemuda UMNO Bahagian Klang".

On Sunday, around 4.00 pm bertolak balik ke Klang and singgah di Taman Putra Perdana, Puchong. Ada open house invitation from an old friend, really old friend. Kali terakhir kami jumpa each other was in 1980. Wow, 28 years back. 1981, we continued our studies at different places, he was in MCKK. Since then, tak pernah jumpa. Bila ada gatherings, selalunya i tak joint due to some circumtances... busy. We reached the house nearly 6.00 pm, tuan rumah dah tutup pintu pagar (Open house was from 12.00 pm till 5.00 pm). Ha..ha..ha..ha... Tapi buat muka tak malu je. Kami masuk ikut pintu belakang yang masih terbuka and tuan rumah sambut kami though dah habis masa open house.

Tak banyak bicara as lama sangat tak jumpa. My friend, I***i, busy chatting dengan Walid and myself borak-borak dengan his wife, A**h. My kids sibuk makan 'lakse'..... their favourites..... We left the house at around 6.55 pm.

Thanx to Bulat yang arangge kan the gatherings....

Wednesday, October 22, 2008

Today is a BORING day...


I spent the whole day ~ SURFING. Boringnya. Everyday's routine seems to be the same (at work). If i were to be at home, oh so relaxing..... Bila nak pencen ni. If my Boss knows what i am doing, oh no...

My family and me will be going to Bentong this weekend. As usual myself will prepare breakfast and rest of the day enjoying lunch dan dinner outside, to be specific kat Janda Baik le. Dah lama tak makan Nasi Dagang di Janda Baik. Walid promised to bring us there since last year. Time flies fast and everybody was busy.

Looking forward to be there......................


Monday, October 13, 2008

PMR oh PMR

Today is October 13, 2008. 3 days after my birthday. Well, surprisingly... first time after 16 years of marriage, my dear hubby belikan 'BIRTHDAY CAKE'. Thanx dear, terharu pulak. The idea tu initiated by kakak or yourself, apa-apa pun thanx again. Birthday present, jangan cerita. Biasanya 'advance birthday gift'. Tapi kali ini ada birthday cake and birthday present. Thank you, Thank you, Thank you.

Today jugak, kakak duduki PMR. Pagi-pagi lagi semua in the family, doakan kakak dapat buat yang terbaik, dipermudahkan untuk menjawab solan-soalan exam, tenangkan fikiran including adik & baby. Kami doakan kakak berjaya dalam PMR.

Umi dulu tak de PMR (Penilaian Menengah Rendah). Dulu-dulu namanya SRP (Sijil Pelajatan Malaysia). Umi pun malas jugak nak belajar tapi bila dah dewasa opsss..... dah tua ni baru terasa, dah berapa banyak masa yang Umi rugi. Itu sebab Umi & Walid sentiasa nasihatkan kakak dan adik-adik untuk belajar bersungguh-sungguh.

Selamat Berjaya, kakak......


Friday, October 10, 2008

Kelebihan Ayat 1000 Dinar

Semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah, berkat serta makmur. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa niatkan dalam hati supaya Allah mengurniakan kita dengan rezeki yang halal, berkat, mudah serta luas. Sebelum kita turun dari rumah menuju ke tempat kerja atau sebelum memulakan pekerjaan, mulakanlah dengan bismillah.

Selain melakukan pekejaan yang halal menurut hukum syarak, hendaklah kita melakukan pekerjaan dengan tekun dan bertanggungjawab, menepati masa (jika bekerja dengan majikan), dan jangan mengabaikan solat bila sudah masuk waktu solat. Mestilah bersegera menunaikannya barulah Allah menyegerakan sampainya rezeki. Satu perkara lagi, jangan mengamalkan tabiat mengeluh jika ada sesuatu kesukaran dan kepayahan, kerana itu adalah test dari Allah untuk meneguhkan jiwa kita. Jika kita mengeluh, maka adalah seolah-olah kita menganggap apa yang Allah takdirkan untuk kita itu tidak betul. Itu menunjukkan kita tidak redha dengan Allah. Bagaimana kita nak harapkan keredhaan Allah dan doa kita makbul sedangkan kita tidak redha pada ketentuan Allah.

Sebelum kita meminta apa-apa dari Allah, terlebih dahulu kita hendaklah bersikap syukur dengan apa-apa yang telah kita terima sebelum ini seperti udara, air, makan minum, pakaian, rumah, keluarga dan sebagainya. Kemudian barulah kita berniat untuk mendapat apa-apa tambahan dari Allah.

Walaubagaimanapun, disini ada beberapa petua untuk diamalkan supaya kita dapat murah rezeki, kalau bekerja lekas naik pangkat, kalau berniaga dapat untung yang banyak.

  1. Bangun awal pagi sebelum masuk waktu subuh.
  2. Amalkan solat sunat qobliyah subuh (2 rakaat sunat sebelum solat fardhu subuh).
  3. Jangan abaikan solat wajib 5 waktu tidak ketinggalan solat jumaat (zaman sekarang ni ramai yang gagal dalam menunaikan solat jumaat. Tidak elok begitu, bukankah antara perkara yang digeruni orang kafir ialah bila melihat orang Islam berkumpul setiap minggu untuk bersolat jumaat. Tentulah ada sesuatu hikmat besar dalam solat Jumaat).
  4. Amalkan membaca ayat 1000 dinar setiap kali selepas solat fardhu, sebelum pergi ke pejabat atau tempat kerja, dan sebelum tidur. Bacalah sebanyak 3 atau 5 atau 7 kali. Hanya orang-orang yang mengamalkannya yang dapat memperihalkan kemujaraban ayat ini. Subhanallah..
  5. Mengeluarkan zakat serta bersedekah kepada fakir miskin.
  6. Menjaga makan minum supaya jangan bercampur dari sumber yang haram dan syubhat, agar doa mudah dikabulkan Allah.
  7. Sentiasa berterima kasih pada Allah atas apa-apa yang kita miliki. Sesiapa yang bersyukur nescaya Allah tambahkan lagi nikmat (sesiapa yang kufur nescaya azab pedih menanti di alam kubur).
  8. Sebelum tidur selepas membaca doa (doa sebelum tidur), berselawat keatas Nabi dan beristighfar serta memohon keampunan untuk seluruh kaum muslimin dan muslimat.

5c8e262b.jpg

AYAT SERIBU DINAR

Mafhumnya: Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.

Tuesday, October 7, 2008

Syawal 2008

Alhamdulillah, syawal datang lagi. Hari ini dah 7 hari kita menyambut syawal. Tahun ini, kami sekeluarga menyambutnya di Klang. Meriah???? Not that MERIAH sangat. Just a simple celebration. Malam tadi, Walid & sons (Abang & Darwis) balik jam 3.00 pagi ~ how to wake-up early in the morning???

Well, manage to 'bangun' jam 8.00 pagi tapi tak sempat nak ke Masjid untuk sembahyang sunat Aidilfitri. Bersalaman dan sarapan. Jam 11.30 pagi baru dapat ke rumah Mak. Itupun sedara mara dah lama tunggu. As usual, being the youngest... Walid kena baca tahlil dan doa sempena sambutan Syawal. Kami semua meng 'amin' kan doa.

2 days before Raya, Walid dah hantar daging 2kg, minta K. Na masakkan rendang & nanti bawa balik sikit. Tapi... 1st day raya dah habis. Memang laris rendang K. Na. Walid kata "Tak pe Mi, nanti kita minta tolong K. Na buatkan lagi after raya, k". Ye lah, whatever you say.............. Janji dapat makan nanti.

Anak-anak semua gembira. Aidilfitri disambut seadanya. Later in the afternoon, kami bertolak ke Rawang, ke rumah Ateh. Malam selepas Maghrib, baru bertolak balik ke Klang. Penatnya rasa tapi kemeriahannya tetap terasa.

Sempena Aidilfitri yang mulia ini, kami sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin. Semoga hari-hari yang mendatang menjanjikan barokah. Ameen.