Sunday, May 30, 2010

Working Sunday!!

I have to work on Sunday, May 30, 2010

1) ISO9001:2008
  • Jadual Pemantauan for 12 Qualities Objective
  • Data Analisis
  • Up-dating latest version of procedures
2) BAJET
  • Preparing Dept.'s budget for 2011/2012 - to be submitted on June 14 tapi Umi tak de so kena hantar awal.
  • Prepare payment for a few works done - vot penuh belum terima - dah mohon last 2 weeks.
  • Prepare wirement for vot bekalan pejabat - dah kehabisan da......
Sempat ke? Tinggal lagi 3 hari.....
Help me please.... help me please....

Monday, May 24, 2010

Perjalanan Penyucian Jiwa 1

Alhamdulillah. 2 Jun 2010 nanti, Umi dan Walid akan ke Mekah untuk menunaikan Umrah. Inilah kali pertama kami akan menjejakkan kaki ke Tanah Haram.

Kami pergi dengan pakej anjuran Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd. Susah jugak nak cari travel agency ni. Umi terbaca dalam 'one of my friends' blog, dah 3 kali beliau buat Umrah dengan Andalusia so Umi pun booked on Jun 8.

May 2, 2010
Umi dan Walid ke Andalusia's office di Taman Maluri. Walid pulak dah lama tak lalu lalang kat situ so dah lupa dah kat mana pejabat tu. Umrah class mula jam 9.00 pagi tapi kami sampai dah jam 9.30 pagi. Kelas dah bermula tapi join jugaklah. Jam 10.30 pagi, break untuk minum. Umi ambil kesempatan untuk buat confirmation sebab Umi booked online. Was told the flight delay one day so berlepas on the 9th. Tak kisahlah asalkan hajat nak ke sana tercapai.

May 7, 2010.
Umi terima panggilan dari staff Andalusia. Beliau minta confirmkan boleh pergi on the 2nd tak. After discussed with Walid over the phone, kami confirm tarikh on June 2nd. The itenary pulak .... KL - Amman - Jeddah - Mekah - Jeddah - Amman - KL. Fine with us.

May 9, 2010
Sekali lagi kami ke Pejabat Andalusia untuk dapatkan the real exact date dan tukar beg yang diberi percuma oleh pihak pengurusan. Dapatkan surat dan submit semua dokumen untuk urusan permohonan visa dan sebagainya.

May 23, 2010
Terima panggilan dari kakitangan Andalusia maklumkan itenary dah bertukar. From KL - Amman - Mekah - Jeddah - Amman - KL. How's that? Hopefully tak ada apa yang berubah lagi.



Friday, May 14, 2010

Doa untuk hari Jumaat

Semalam rasa macam stress yang amat sangat. Banyak kerja yang nak di buat dalam satu masa yang sama and yet ada orang tak appreciate apa yang kita buat. Bukannya nak sangat orang hargai kerja kita tapi at least a word of thank you. Dalam melayan perasaan, terbelek lah buku nota kuliah Ar-Rayyan yang ceramahnya disampaikan oleh Dr. Fatma Az Zahrah. Kali ni pasal kalau berhutang dan nak jadi kaya.

Amalan yang perlu diamalkan apabila orang lelaki ke Masjid (waktu sembahyang Jumaat);
a) Shalawat (100 x)
b) Surah Al-Ikhlas (100 x)
c) Surah Adh-Dhuha (76 x)

serta bacaan doa di bawah ini:-

yang bermaksud : "Ya Allah, cukupilah aku dengan kehalalanMu dari keharamanMu dan cukupkanlah aku dengan kurniaMu dari selain Mu."

Semoga kita semua mendapat berokah....