Raya tahun ni (2009), turn balik Pasir Mas. Biasanya kami balik ikut Jalan Gua Musang sebab nak kejar hari cuti yang pendek. (This meant for Walid). Tahun ni kami balik ikut Jalan Kuala Trengganu, hajat dihati nak singgah rumah my auntie, Choh di Dungun. Kali ni jugak Umi ambil cuti panjang dari 16 September 2009 hingga 27 September 2009 including sabtu & ahad. Walid?? Dah berhenti kerja dan nak concertrate on his business (business kecil je, kontraktor am & trading). Boleh le cuti panjang sikit. Anak-anak kena ponteng sekolah dari 16 September 2009 hingga 18 September 2009. Umi dah siapkan surat mohon cuti awal untuk anak-anak & cikgu kelas pun dah kirim salam kat Umi. Tak larat nak elak deretan kereta & jam di perjalanan.
16 September 2009
Bertolak ke Dungun lebih kurang jam 11.00 pagi. At first nak bertolak after sahur / subuh tapi cancelled sebab Walid tak nak jam kat KL, time warga KL gi kerja. Sampai kat Genting Sempah... tiba-tiba 'temperature' naik mendadak so terpaksa berhenti kat Kg Janda Baik, as Walid pun biasa this area, selalu jamming kat Selesa Hill Homes bila weekends dulu. Berhenti kat BHP Petrol Station, ada workshop. Kena tunggu for 3 hours from 12.30 noon. Spare parts kena ambil kat Bentong. Jam 3.30 ptg teruskan perjalanan ke Dungun.
As usual jugak, semua orang tidur. Walid je yang berjaga to drive. Reached Dungun at 7.08 pm masa azan Maghrib tengah berkumandang. Terus berbuka le apa lagi.
17 September 2009
Gi Pasar dengan Walid, Choh, Darwis & Danish. Beli ikan, rasanya nak makan ikan bakar berbuka nanti. Macam-macam menu ada for berbuka. Ikan Bakar cicah air asam, sup sayur, masak lemak keledek & ikan masin goreng. My family apa lagi tak pandang yang lain. Ikan Bakar cicah air asam aje dah cukup menyelerakan.
Petang walid bawa anak-anak ke Sura. Sura?? Alah kat Uitm Dungun tu. Dulu ada tasik but now air laut dah masuk ke tasik!! Dah ada gelanggang bola keranjang. Kat situ ada bukit, kat bukit tulah Umi pernah jumpa nenek tua yang sedang tersenyum memandang Umi. Sampai sekarang hati Umi akan berdebar-debar kalau ke sana.
18 September 2009
Bertolak ke Pasir Mas around jam 1.30 petang selepas Choh selesai membungkus tapai untuk di bawa ke Pasir Mas. Perjalanan sentiasa dipenuhi dengan upacara tidur dan tidur dan tidur aje. Sampai Pasir Mas dah jam 6.30 petang.
19 September 2009
Umi dan Walid ke Pasar Pasir Mas, tak ade beli apa pun cuma jalan-jalan tengok kemeriahan warga perantau berbelanja. Umi ambil kesempatan beli bahan-bahan untuk buat rendang. Walid yang request sebab rendang tok dari Dungun tak sama dengan rendang dari Kg Raja Uda. Ha..ha...ha....
20 September 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009. Selepas bersalamam, Umi, Walid & amak-anak ke pusar Arwah Abah / Tok Ayoh. Sebak? Then singgah di Wakaf Baru, lepas tu balik ke Pasir Mas. Selepas Zohor, ke Pengkalan Kubor. Balik dari Pengkalan Kubor singgah pulak di Kg Banggol Nain / Gelam Mas. dah hampir Isyak baru sampai rumah. Penatnya tak terkata.
21 September 2009 ~ 22 September 2009
Sibuk beraya & tetamu datang beraya.
23 September 2009
Mini gathering di Restaurant New Horizon near Kota Baharu (Wakaf Che Yeh) dengan long lost friends dari SIS 2. Kawan-kawan masa darjah 6 Merah. Wah, gembiranya. Lama betul tak jumpa dia orang.
Malam Umi & Walid ke Wakaf Che Yeh, the famous shopping place kat KB. Memang betul la kata orang. Tengok semua nak beli. Lasted with 4 helai tudung untuk Umi, 2 helai untuk Kakak & 1 helai untuk Kak Chik PLUS blouse untuk Umi.
24 September 2009
Masih sibuk beraya.
25 September 2009
Bertolak Balik Ke Klang. Sampai Klang jam 9.00 malam.
There goes episod Raya 2009....