Thursday, February 10, 2011

Panduan Solat Sunat Dhuha


1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:

"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali

Wahab Li Ya Wahhab Ilman Wa Hikmatan War Zurqni Ya Razzaq Kulli Musahala

(Kurniakanlah kepadaku ilmu dan hikmah Wahai Tuhan Yang Maha Pemberi dan kurniakanlah rezeki
padaku Ya Tuhan Yang Memberi Rezeki Dengan Senang.



Baca doa ini setelah selesai solat


Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


http://permai1.tripod.com/dhuha.html

Friday, January 21, 2011

Karaoke Session - Red Box, Sunway (30.12.2010)

Ni masa 'karaoke session' kat Red Box, Sunway Pyramid. Umi masih dalam uniform kerja. Mana taknya, lepas kerja terus chao chin chao. Luckily, Umi 'bejot' so tak perlu risau.

My 3rd, 4th, 5th & 6th.

My 1st & 2nd.

Jalan-jalan lepas ber'karaoke'.


Celebrated Baby Queen's 3rd birthday.






Selamat Tahun Baru 2011

Rasanya belum terlambat untuk ucapkan 'Selamat Tahun Baru', walaupun dah 21 hari berlalu.

Lama betul Umi tak 'blogging', sibuk dengan 'facebook' agaknya. He... He... He...

Actually banyak perkara dah berlalu dan ada suka dan duka.

Tahun lepas, 3 orang anak Umi menghadapi periksa besar. UPSR, PMR dan SPM. Result? Emph.. nak kata memuaskan tidak juga tapi dia orang dah berusaha. Umi dan Walid terima seadanya, dengan harapan dan doa 'semoga mereka dapat memperbaiki kelemahan diri di tahun-tahun mendatang'.

The reason for Kak Chik tak dapat 5A was 'nanti Umi hantar STF, Kak Chik takut, ada hantu'. That was only the reason. Ye ke ada hantu kat STF. Masih wujud kah 'Green Lady'? Ada ke sebenarnya 'Green Lady' ni. Umi pun tak pernah nampak sepanjang 5 years bermastautin kat STF.

As for Abang pulak, 'Abang dah belajar sungguh-sungguh tapi pihak KPM naikkan gred'. Macam-macam alasan kan. Alhamdulillah, Abang dapat masuk 1st science class. Cita-cita menggunung, nak jadi 'Aircraft Engineer'. Umi dan Walid akan sentiasa mendoakan kejayaan anak-anak.

Kakak pulak, masih menunggu keputusan SPM. Bila suruh duduk kat rumah, katanya boring nanti dia pulak asyik tidur aje. Makan, tidur, makan, tidur je.. susah juga so now kerja dengan Pusat Tuisyen Di*a**k S*k*u*, as part time clerk. Dan sedang dalam proses nak dapatkan 'driving license'. Duit gaji tu boleh la bayar kelas memandu tu.

I'm having hard times now....

Monday, July 26, 2010

Rindu yang mencengkam...

Dalam meniti perjalanan hidup seharian, telah 5 minggu Umi dan Walid tinggalkan Kota Makkah Al-Mukarammah.

Rindunya semakin mendalam.... Bayangannya tak mungkin padam.... Hari demi hari yang dilalui rasanya begitu menyiksakan. Walaupun telah 5 minggu kami tinggalkan, rasanya macam baru semalam kami tinggalkan kenangan itu...

Berbicara tentang kedamaian dan keindahannya membuatkan kami menitiskan airmata, sebak menerpa....

Harapan kami semoga kami berpeluang bermunajat di hadapan Baitullah lagi dan lagi......

Tuesday, June 29, 2010

Gambar Kenangan

Baitullah

Bas rosak dalam perjalanan ke Jeddah

Umi dan Walid

Walid di Jabal Rahmah

Walid bersama Mutawif (Ustaz Affendi) di Jabal Rahmah

Gua Ashabul Kahfi






Umrah & Ziarah 2010

Alhamdulillah.... seperti post Umi terdahulu, Umi dan Walid dapat juga menjejakkan kaki ke Baitullah walaupun jadual berubah beberapa kali.

02 Jun 2010
Bertolak ke Amman, Jordan.
Flight ke Amman berlepas jam 10.10 malam (waktu tempatan).

03 Jun 2010
Sampai Queen Alia International Airport lebih kurang jam 5.30 pagi (waktu di Amman). Perjalanan lebih kurang 12 jam. Dalam penerbangan tak boleh tidur as Umi memang takut nak naik kapal terbang.

Check-in di hotel, sarapan then off to ziarah ke Gua Ashabul Kahfi, Laut Mati dan Makam Nabi Shuib a.s. Lebih kurang separuh hari la... Penat? Memang penat sebab lepas long journey terus ziarah. Lebih kurang jam 5.30 petang, bersiap ke Airport untuk ke Jeddah. Jemaah perlu berpakaian ihram dan berniat umrah sejam sebelum mendarat.

10.30 malam, tiba di Jeddah. Disambut oleh seorang muttawif (Ustadz Affandi) dan terus di bawa ke Mekah dengan menaiki bas. Tak sabar rasanya, berdebar-debar semua ada. Setibanya di Mekah, Jemaah hanya diberikan masa 1 jam untuk mengambil air sembahyang dan sembahnyang jamak (Maghrib & Isyak) dan terus di bawa untuk memulakan ibadat umrah.

Melihat sahaja Baitullah, rasa macam nak gugur jantung. Terpegun... Nikmat yang tak terhingga sehingga tak dapat nak gambarkan dengan kata-kata. Bersyukur kerana dapat bersujud dihadapannya.

04 Jun 2010
Selesai umrah pertama lebih kurang 15 minit sebelum azan subuh. Balik ke hotel dan rehat selepas kepenatan. Alhamdulillah setiap waktu sembahyang dapat dilakukan di Baitullah.

05 Jun 2010
Ziarah Jabal Thur, Mina, Muzdalifah, Arafah dan berniat umrah dari Ja'aranah. Umrah kedua selesai sejurus selepas waktu zohor. Seperti semalam, berehat di hotel.

06 Jun 2010
Jemaah di bawa untuk bermiqat umrah di Tanaim. Alhamdulillah umrah ketiga selesai sebelum waktu zohor.

07 Jun 2010
Umrah pilihan sekiranya jemaah berminat dengan bayaran tambahan, jemaah di bawa melawat ladang unta ke Masjid Hudaibiyah. Masjid ini agak uzur dan kekurangan bekalan air untuk mengambil air sembahyang. Selesai sembahyang asar, jemaah di bawa ke Muzium Dua Masjid (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi). Sebelum sempat Umi dan Walid menghabiskan saie, kami berhenti untuk sembahyang maghrib dan menyambung kembali saie yang tergendala tadi.

Alhamdulillah, kami dapat melakukan 4 kali umrah sepanjang berada di Mekah.

08 Jun 2010
Jemaah bebas membuat aktiviti sendiri. Malam aktiviti mendaki Gua Hiraq. Pada mulanya Umi tak nak mendaki sebab kekurangan stamina tetapi kata-kata perangsang Walid telah membakar semangat Umi dan terus membuat keputusan untuk mendaki. Puhh!!! Dalam hati Umi terfikir, bagaimanakah Siti Khatijah mendaki untuk mengghantar makanan kepada Rasulullah s.a.w.

09 Jun 2010
Jemaah bebas dengan aktiviti sendiri. Umi dan Walid membuat tawaf sunat.

10 Jun 2010
Bertolak ke Madinah. Umi dan Walid melakukan tawaf sunat. Selepas zohor melakukan tawaf wida' dan bertolak ke Madinah lebih kurang jam 3.15 petang. Singgah makan malam di Restoran Yaman dan sampai di Madinah sekitar jam 10.00 malam.

11 Jun 2010
Ziarah sekitar Masjid Nabawi dan Mutawwif telah menerangkan tempat-tempat mustajab untuk berdoa. Jemaah bebas untuk beribadat di Masjid Nabawi. Alhamdulillah jemaah wanita dapat memasuki raudhah selepas satu jam menunggu.

12 Jun 2010
Ziarah di Bukit Memanah dan Jabal Uhud. Masjid 2 kiblat dan Masjid (lupa la namanya). Selepas zohor, bertolak ke Jeddah untuk memulakan perjalanan ke Amman. Perjalanan ke Jeddah mengambil masa 8 jam. Dalam perjalanan bas pulak rosak tetapi ada yang menolong, perjalanan bersambung selepas 1 jam berhenti.

13 Jun 2010
Tiba di Amman, Jordan lebih kurang jam 2.30 pagi. Oleh kerana 'single visa entry', jemaah tidak dapat ke mana-mana cuma berehat-rehat di hotel menunggu waktu untuk balik ke Malaysia.

14 Jun 2010
jam 2.30 pagi berlepas ke Malaysia dan perjalanan memakan masa 12 jam. Sampai di KLIA dengan selamatnya jam 7.00 malam, setengah jam awal dari masa yang dijadualkan.

Amin...