Sunday, April 11, 2010

New Interest (Photography)

Umi dah mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi. Emph.. berpeluh jugak pujuk Walid belikan DSLR. Tanya sana, tanya sini, risik sana, risik sini akhirnya Canon E1000D yang jadi pilihan. Sebab apa jadi pilihan :-
1. Baru nak belajar guna.
2. Baru beralih dari compact to dslr.
3. Murah (within budget).
4. Recommended by empunya kedai kamera tu.

Ini le gambar Canon E1000D ku....














Baru sekali Umi masuk kelas belajar fotografi tu. Macam-macam yang Umi belajar tapi Umi faham ke? Dengan ISO, Shutter, Depth of Field Review, Focal Length, Lense Release Button dan so many other new things yang Umi pun dah tepu nak terima pelajaran.

Since then, Umi pun mula lah menangkap gambar tapi maklum jelah, amatur dan bukannya professional. Banyak gambar yang Umi rakam kena 'delete' sebabnya blur, gelap and so on... Mungkin ops bukan mungkin tapi mesti, ya Umi perlu masuk banyak lagi kelas lain dan belajar dengan kawan-kawan. Pengalaman boleh mematangkan seseorang....

Buat masa ni Walid tak minat dengan fotografi ni. Pujukan isteri tercinta, beli jugak kamera tu, thanks dear. Mana tau nanti Walid juga akan minat dengan fotografi ni....

Monday, March 15, 2010

Busy Saturday

Well, last saturday, attended a course on photography, a basic course.

Mulanya tak nak pergi tapi my daughter, kakak, ajak & dah confirm dengan her teacher so nak tak nak kenalah pergi jugak.

Not a bad course, banyak yang dapat belajar as Umi baru nak berjinak-jinak dengan camera...

Dapat notes yg boleh dibuat rujukan...

Monday, February 15, 2010

Mmmm....

Wah.. lama betul Umi tak 'blogging'. Busy and tak dapat cari masa nak tulis... The last time umi wrote pasal Girls celebration in 2009, that was in December.

Now pun still x de masa yang cukup. Just a few updates...

Semalam, ke Sungai Congkak after a year from our last visit. Best ke? Best la kut sampai Umi kena flu & tak boleh angkat tangan kanan. Tak tahu kenapa and Walid promised to massage my arm. Thanks dear. belum urut lagi pun. Selepas balik dari Sg Congkak, terus ke rumah Jasman, a birthday do for his daughter. Sampai rumah, nearly 8.30 pm and terus BOOOOM. Umi's bejoting so senang hati.

My nephew, Hatim, was admitted in HTAR. Denggi Fever. Dah dua kali melawat Hatim. First time dapat masuk but second time tak dapat masuk. Bukan visiting hour. Hantar kerang rebus serai aje. Tu pun Umi beli kat Sima Nasi Campur, tak sempat nak masak kan untuk Hatim.

Other days... busy dengan kerja. Masa mula-mula Umi kerja dulu, Umi ingatkan kerja GOMEN ni, amatlah reliks nya tapi after 8 years being in gomen, Umi berubah fikiran. I'm more busy than before. Perhaps hardly find times to catch up with old friends... Kalau cuti pun, calls keep coming in... Tired...

Chao...

Thursday, December 31, 2009

Girls Birthday Celebration 2009

Tak tahu nak buat 'celebration' kat mana. One of my friends, suggested "Chandayu Ikan Bakar", something like that le namanya. Kat mana? Kat Pulau Indah. About 25km from our house. Walid kata 'No problem'.

Sesat at first sebab salah junction. We reached that place at 9.30pm. Yang tinggal cuma udang, (tak sampai 1/2 kilo), cencaru (2 ekor) dan siakap (1 ekor). Siakap dan udang, kami sapu bersih lah tambahan ayam goreng halia. Itu pun dengan susah payah, Umi dan Walid nak habiskan. Kalau 'bufet' kat Hotel, memang rugi je.

Happy Birthday to all my girls....
Kakak on the 6th, Kak Chik on the 28th & Baby Natra on the 30th.

We love you...

Tiara (3)

Last day kat Tiara. Breakfast kat Warung Pak Chat. Makan Nasi Lemak dan Roti Canai. Ingatkan nak gi Bukit Supai tapi tak sempat sebab the kids masih nak main kat SP so planning after check-out.

Umi & baby lepak kat bilik je. Kemas barang dan layan kerenah baby tu la. Checked-out jam 12.15 pm. Lunch then terus ke Bukit Supai. Nice view & pleasant place to be. Tenang dan damai je.

Next visit.. mungkin ke Bukit Supai.

Tiara (2)

Wow... 2nd day at Tiara. Not much happenings la... All my kids sibuk dengan 'Swimming Pool', macam tak nak naik je. Dari pagi, after breakfast, terus je masuk dalam 'SP' tu.

We had to buy lunch pack for the kids. They were all went to sleep. Mana taknya 'berendam' sampai tak ingat dunia. Lepas lunch, ;berendam' lagi... tak penat ke dia orang ni. Hari kedua ni, asyik berendam, makan, tidur, berendam, makan, tidur. Tu je lah 'rotation' nya.

Malam, semua dah keletihan. Dinner pun makan lauk-pauk yang di bungkus for lunch tadi. Walid & Umi, keluar jalan-jalan ke Bandar PD. Tetiba terasa lapar pulak so singgah kat 'Nasreen Songkhla'... Ramainya... Meja pun kena booking sebab semua dah penuh. Of course makanan lambat sampai. But the food was good, much much better dari Kuala Sungai Baru semalam.

Opps... chao dulu.



Monday, December 28, 2009

Tiara (1)

Yeah.... I was on leave on 23-12-2009 till 24-12-2009, means i have 5 days to relax at home. At first dok fikir mana nak pergi. I was thinking nak pergi Tanjung Piai, Walid pulak dok fikir nak gi Lumut. dah puas searching internet, kita orang dapat booked 'Tiara Beach Resort' kat PD. Tempat lain semuanya fully booked, maklumlah cuti sekolah. Kalau ada pun cuma 1 bilik which i would prefer 2 bilik.

Alah... PD, dah biasa sangat dah. Nak cuba tempat lain pulak. Tapi tak pe lah since dari awal November sampai sekarang, belum bawa anak-anak berjalan-jalan.

Bertolak dari rumah jam 11.45 and reached PD at about 2.00 pm. Jam 3.30 ptg, anak-anak dah sibuk nak mandi kat Swimming Pool (SP) so layan je lah. Daniah & Natra je yang tak masuk SP tu, yang lain habis dah 'explored' keliling SP. Abang pulak saje nak menyakat, bawa Danish naik gelongsor, apalagi bila sampai bawah terus menangis, takut betul dia. Kesian anak Walid tu...

Jam 5.00 ptg, dah masuk bilik sebab hujan yang lebat sekali telah turun. Ribut pun kuat jugak. He..he..he... Lepak-lepak sekejap, hujan dah reda, Walid ajak gi makan kat Kg Kuala Sungai Baru. Ada restoran ikan bakar. Walid kata dekat aje. Okay lah we assumed dekat aje tapi rupanya nearly 33 km. Kami makan Siakap Masam Manis, Sotong Goreng Tepung, Cencaru Bakar dan Sup Sayur-Sayuran. Harganya RM76.60. Harga tu i rasakan begitu mahal sekali dan tak berbaloi dengan rasanya. Bet you, makan kat Restoran Senja & "Tomyam Merah" kat near to my house tu pun beratus kali ganda sedapnya, padahal restoran yang biasa-biasa aje dan harganya lagi murah dari tu.

TBR entrance ada Tiara Bistro & Cafe, ada nyanyi secara 'live'. Walid macam suke aje tapi sorry, Umi tak dapat nak temankan. Mengantuk sangat dan terus dibuai mimpi...

Sunday, November 15, 2009

My updates..1

I was thinking nak balik kampung this coming Raya Haji. Entahlah, at first Walid okay aje but lately something came up after one another so still pending... As Raya Haji tak de turn nak balik mana. Masih lagi berharap agar dapat balik. Most probably, next year kena kurangkan berjalan-jalan as my kids nak exam.. UPSR, PMR & SPM. Tough year for me next year. Hopefully, anak-anak dapat focus dan belajar bersungguh-sungguh for their future.

Past one month, memang busy tahap DIVA. Full of presentations, reports for internal & external including SPRM, One of 5S auditors. Balik rumah pun dah agak lewat. Well, jam 7 tu, dah lewat for me & sekali sekala jam 8.00 baru dapat balik rumah. Thanks to Walid & anak-anak yang setia menunggu for dinner.

Till now actually masih busy that i don't have time to blog or facebooking. Missed my friends.... Time to relax is from May to September every year. Tak banyak reports & all those sulking things. Dah namanya kerja, kenalah jugak buat. Belum masuk bab meetings lagi. Chewah, i ni bercerita mengalahkan PM, padahal big boss pun bukan. Tapi I guess big boss tak se'busy' kuli boss kan sebab kuli boss yang banyak kena buat kerja. Boss bagi arahan aje. Ye ke? He..he..he.. jangan marah ye boss-boss.

Wednesday, November 4, 2009

Lirik "Because U Loved Me"

Lama sungguh tak ber 'blogging'... Ceritanya banyak tapi tak de masa nak tulis panjang-panjang.
Just to share my fav song.

BECAUSE YOU LOVED ME

For all those times you stood by me
For all the truth that you made me see
For all the joy you brought to my life
For all the wrong that you made right
For every dream you made come true
For all the love I found in you
I'll be forever thankful, baby
You're the one who held me up
Never let me fall
You're the one who saw me through
Through it all
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me, ooh, baby
You gave me wings and made me fly
You touched my hand
I could touch the sky
I lost my faith, you gave it back to me
You said no star was out of reach
You stood by me and I stood tall
I had your love,
I had it all
I'm grateful for each day you gave me
Maybe, I don't know that much
But I know this much is true
I was blessed because
I was loved by you
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me
You were always there for me,
the tender wind that carried me
The light in the dark shining your love into my life
You've been my inspiration through the lies you were the truth
My world is a better place because of you
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me
You were my strength when I was weak
You were my voice when I couldn't speak
You were my eyes when I couldn't see
You saw the best there was in me
Lifted me up when I couldn't reach
You gave me faith 'cause you believed
I'm everything I am
Because you loved me
I'm everything I am
Because you loved me

courtesy from my daughter's blog - http://najahnajah.blogspot.com/

Monday, October 5, 2009

Happy 17th Anniversary... 2009

For Being The Special One

For the cozy mornings,
For the warm winters,

For understanding the silences,
For the silly pampering,

For the surprise hugs...
For the stolen kisses,

For being an angel,
For being all that you are..

All I can say is...
I deeply love you...

And it's blessing to have you in my life..

Happy 17th Anniversary, dear hubby.

Saturday, October 3, 2009

Raya 2009

Raya tahun ni (2009), turn balik Pasir Mas. Biasanya kami balik ikut Jalan Gua Musang sebab nak kejar hari cuti yang pendek. (This meant for Walid). Tahun ni kami balik ikut Jalan Kuala Trengganu, hajat dihati nak singgah rumah my auntie, Choh di Dungun. Kali ni jugak Umi ambil cuti panjang dari 16 September 2009 hingga 27 September 2009 including sabtu & ahad. Walid?? Dah berhenti kerja dan nak concertrate on his business (business kecil je, kontraktor am & trading). Boleh le cuti panjang sikit. Anak-anak kena ponteng sekolah dari 16 September 2009 hingga 18 September 2009. Umi dah siapkan surat mohon cuti awal untuk anak-anak & cikgu kelas pun dah kirim salam kat Umi. Tak larat nak elak deretan kereta & jam di perjalanan.

16 September 2009
Bertolak ke Dungun lebih kurang jam 11.00 pagi. At first nak bertolak after sahur / subuh tapi cancelled sebab Walid tak nak jam kat KL, time warga KL gi kerja. Sampai kat Genting Sempah... tiba-tiba 'temperature' naik mendadak so terpaksa berhenti kat Kg Janda Baik, as Walid pun biasa this area, selalu jamming kat Selesa Hill Homes bila weekends dulu. Berhenti kat BHP Petrol Station, ada workshop. Kena tunggu for 3 hours from 12.30 noon. Spare parts kena ambil kat Bentong. Jam 3.30 ptg teruskan perjalanan ke Dungun.

As usual jugak, semua orang tidur. Walid je yang berjaga to drive. Reached Dungun at 7.08 pm masa azan Maghrib tengah berkumandang. Terus berbuka le apa lagi.

17 September 2009
Gi Pasar dengan Walid, Choh, Darwis & Danish. Beli ikan, rasanya nak makan ikan bakar berbuka nanti.
Macam-macam menu ada for berbuka. Ikan Bakar cicah air asam, sup sayur, masak lemak keledek & ikan masin goreng. My family apa lagi tak pandang yang lain. Ikan Bakar cicah air asam aje dah cukup menyelerakan.

Petang walid bawa anak-anak ke Sura. Sura?? Alah kat Uitm Dungun tu. Dulu ada tasik but now air laut dah masuk ke tasik!! Dah ada gelanggang bola keranjang. Kat situ ada bukit, kat bukit tulah Umi pernah jumpa nenek tua yang sedang tersenyum memandang Umi. Sampai sekarang hati Umi akan berdebar-debar kalau ke sana.

18 September 2009
Bertolak ke Pasir Mas around jam 1.30 petang selepas Choh selesai membungkus tapai untuk di bawa ke Pasir Mas. Perjalanan sentiasa dipenuhi dengan upacara tidur dan tidur dan tidur aje. Sampai Pasir Mas dah jam 6.30 petang.

19 September 2009
Umi dan Walid ke Pasar Pasir Mas, tak ade beli apa pun cuma jalan-jalan tengok kemeriahan warga perantau berbelanja. Umi ambil kesempatan beli bahan-bahan untuk buat rendang. Walid yang request sebab rendang tok dari Dungun tak sama dengan rendang dari Kg Raja Uda. Ha..ha...ha....

20 September 2009
Selamat Hari Raya Aidilfitri 2009. Selepas bersalamam, Umi, Walid & amak-anak ke pusar Arwah Abah / Tok Ayoh. Sebak? Then singgah di Wakaf Baru, lepas tu balik ke Pasir Mas. Selepas Zohor, ke Pengkalan Kubor. Balik dari Pengkalan Kubor singgah pulak di Kg Banggol Nain / Gelam Mas. dah hampir Isyak baru sampai rumah. Penatnya tak terkata.

21 September 2009 ~ 22 September 2009
Sibuk beraya & tetamu datang beraya.

23 September 2009
Mini gathering di Restaurant New Horizon near Kota Baharu (Wakaf Che Yeh) dengan long lost friends dari SIS 2. Kawan-kawan masa darjah 6 Merah. Wah, gembiranya. Lama betul tak jumpa dia orang.

Malam Umi & Walid ke Wakaf Che Yeh, the famous shopping place kat KB. Memang betul la kata orang. Tengok semua nak beli. Lasted with 4 helai tudung untuk Umi, 2 helai untuk Kakak & 1 helai untuk Kak Chik PLUS blouse untuk Umi.

24 September 2009
Masih sibuk beraya.

25 September 2009
Bertolak Balik Ke Klang. Sampai Klang jam 9.00 malam.

There goes episod Raya 2009....

Saturday, September 5, 2009

Menjelang Raya

Dah 15 hari berpuasa di bulan Ramadhan. Seronok ke nak sambut hari raya? Entahlah susah nak digambarkan. Dalam ketenangan ramadhan ni, arwah abah sering dalam ingatan. Betapa rindunya dengan kemeriahan berhariraya bersama.

Arwah meninggalkan kami pada tahun 1999. Masa tu Umi dah ada tiga orang anak. Nabilah - 6th, Danial - 4th dan Najwa - 1th. Walid masa tu masih bergiat dalam bidang seni - artis kumpulan Nasyid. Semasa menerima panggilan telefon, Walid sedang buat persembahan (can't remember where).

Sejak perkahwinan Umi & Walid. Sambutan hari raya terpaksa di buat secara giliran. Umi tentulah nak beraya di kampung Umi sebab jarang dapat balik kampung & Walid pulak nak beraya kat sini. Kata Walid, suasana raya dan hari-hari biasa berbeza so nak sambut kat sini jugak - to be exact, on the first raya & raya eve lah. As for Umi, kurang dapat feel kemeriahannya, mungkin sebab hari-hari jumpa family kat sini. Bila balik kampung tu lain rasanya sebab jarang jumpa so seronoklah. Anak-anak pun gembira. Suasana mungkin sama jika Umi kat kampung dan sesekali balik sini. Apa pun yang penting kita mesti gembira di hari raya kan.

Raya tahun ni seperti tahun sebelumnya, biskut raya Umi beli aje dari kawan-kawan. For the last 4 years, Umi pregnant then ada anak kecil then pregnant lagi then anak kecil lagi so it's not the right time for me to bake .... bake & all those kind of things. Nanti lain yang dimasak, lain pula yang terbakar.

Next year (Umi & Kakak) planning nak buat sendiri kuih raya as baby will be 3 next year & raya will be here in Klang, insyaAllah. Kakak pun dah pandai buat simple chocolate cake (dah boleh jual pun).

Raya tahun ni belum lagi, dah berangan for next year. He...he...he... Can't wait nak balik kampung. Hopefully cuti lulus. Umi dah mohon for 6 days starting from 16th September.

Selamat sambut raya... meriah jangan tak meriah...

Friday, September 4, 2009

Stress lagi....

Semalam bersamaan 3 September 2009, Umi balik lewat dari office.
Tak tahu nak kata sengaja atau tidak.
Hari ini Umi kena buat presentation untuk Mesyuarat so terpaksalah bertungkus lumus semalam
. Slide presentation dah siap dah.
Last-last lebih kurang jam 4.45 ptg ada 4 paper nak slot in masuk untuk kelulusan.
Mana tak bengang, dah siap semua tetiba ada pulak yang urgent dan kena masuk jugak.
Lepas tu 2 paper jadi masuk and 2 paper tak jadi masuk.

Dipendekkan cerita, Umi sampai rumah jam 7.08 malam, 13 minit sebelum berbuka puasa.

Haru biru jadi rumah tu.
Luckily, Walid dah pun rebuskan tulang so tak de lah lama sangat nak tunggu untuk makan. Masak simple aje.... Sup tulang dan sambal belacan.
Sayur jarang-jarang masak sebab anak-anak tak suka.
Umi & Walid tak kisah sangat.
Lagipun nak cepat nanti tak sempat nak solat terawih.

Hari ni, sebelum presentation, Boss pulak minta tambah slide.
8.30 pagi nak buat presentation, sempat ke ni???
Alhamdulillah, being no. 8 dalam metafizik punya pengiraan (kebetulannya).
Dapat jugak Umi buat walaupun dengan sedikit kelam kabut.

Today's presentation went smoothly.
Alhamdulillah...